“Saya dan Amar sudah bercinta sejak September tahun lalu. Kami sepatutnya berkahwin di Thailand minggu depan,” itu merupakan dakwaan pelakon baru Ellika Azman, 24, yang membuat pendedahan terhadap hubungannya dengan pelakon berstatus suami orang, Amar Asyraf.
Ellika ketika dihubungi Gempak berkata, perkahwinan yang sepatutnya berlangsung antara 11 hingga 13 Oktober ini musnah apabila dia mengetahui pelakon itu mempunyai dua isteri.
“Sebelum ini ada kenalan memaklumkan Amar sudah mempunyai dua isteri tetapi saya tidak percaya.
“Bagimanapun, minggu lepas Allah tunjukkan kebenaran apabila saya mendapat tahu yang isteri kedua Amar baru saja melahirkan anak.
"Lebih menyedihkan, sebenarnya saya bakal menjadi isteri ketiga! Mulanya, saya tidak memberitahu info yang saya dapat ini kepada Amar.
"Selepas itu, Amar menghubungi saya. Saya mengangkat panggilan itu kerana saya ingatkan dia mahu berbincang mengenai proses perkahwinan kami yang bakal dilakukan di Thailand minggu depan.
"Saya juga menerima panggilan terbabit kerana mahu membatalkan hasrat untuk berkahwin dengan dia.
“Bila saya angkat telefon, saya pula dimarahi. Sebenarnya, ibunya yang menghubungi saya menggunakan telefon Amar. Amar dan isteri pertamanya juga mendengar perbualan kami," dakwanya.
Dakwa Ellika, dia tidak menyangka Amar mempunyai isteri kedua yang baru sahaja melahirkan anak.
“Saya dapat mengesahkan perkara itu. Saya dimaklumkan Amar belum lagi menjenguk isteri kedua dah anak mereka.
“Saya tahu, bila saya memilih untuk bercinta dengan Amar, perkara terbabit memang salah kerana dia berstatus suami orang.
“Namun, apa yang membuatkan saya lebih geram dan tampil mendedahkan perkara ini kerana dia tidak jujur dan tidak bertanggungjawab terhadap isteri kedua dan anak mereka.
“Saya ingat saya yang paling teraniaya, rupanya isteri kedua dan anak mereka lebih teraniaya!
“Saya tak kisah bila ada orang nak kata saya buka aib sendiri asalkan pendedahan ini dapat membuatkan Amar bertanggungjawab terhadap anaknya itu," dakwanya lagi.
Sementara itu, usaha untuk menghubungi Amar gagal kerana dia tidak menjawab panggilan telefon.
Terdahulu, Ellika tampil membuat pendedahan dan mendakwa dirinya menjalinkan hubungan dengan Amar di laman Instagram.
BACA: "Dia Ada Seorang Lagi Isteri & Seorang Lagi Anak" - Hampir Jadi Isteri Ketiga, Pelakon Baru Ini Dakwa Ada Hubungan Dengan Amar Asyraf
Menerusi entri terbabit, Ellika memuat naik foto dan videonya bersama Amar dan turut mendakwa dia bercinta dengan Amar semenjak tahun lalu.
Sebelum ini, Amar dan Ellika pernah bekerjasama dalam teater Puteri Saadong yang berlangsung di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) pada Ogos tahun lalu.
Untuk rekod, Amar mendirikan rumah tangga dengan Arna Salleh pada 7 Jun 2013.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Taufik dan Ammara Dian.
Kamaruddin Razal
Thu Oct 10 2019

![[VIDEO] “Satu Lagu Je Terus Trending!” - Salute! Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil, Dapat 60,000 Standing Ovation Di Konsert A.R Rahman [VIDEO] “Satu Lagu Je Terus Trending!” - Salute! Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil, Dapat 60,000 Standing Ovation Di Konsert A.R Rahman](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-satu-lagu-je-terus-trending-salute-datuk-siti-menyanyi-lagu-tamil-dapat-60000-standing-ovation-di-konsert-a-r-rahman.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Satu Lagu Je Terus Trending!” - Salute! Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil, Dapat 60,000 Standing Ovation Di Konsert A.R Rahman
Salute! Bangga dengan Datuk Siti.

AKIRA KHAN - EPISODE 1 | PART 3
Akira nampak sangat seronok bila dapat kembali ke Malaysia. Tapi dalam waktu yang sama, Mak Akira bertegas untuk Akira berkahwin dengan Zafar. Raden pula terkejut apabila dia nampak Akira jatuh ke dalam laut. Apa akan jadi dalam episod 1 ni? Jom layan! #AkiraKhan #CintaDuaDimensi #Megadrama Setiap Isnin – Khamis, 10 malam di Astro Ria dan strim di Astro GO

AKIRA KHAN - EPISODE 1 | PART 2

AKIRA KHAN - EPISODE 1 | PART 1

AKIRA KHAN - EPISODE 1 | PART 5

AKIRA KHAN - EPISODE 1 | PART 4

![[VIDEO] Rakan Selebriti Ucap Tahniah, Nad Zainal & Ungku Ismail Selamat Bernikah Pada…? [VIDEO] Rakan Selebriti Ucap Tahniah, Nad Zainal & Ungku Ismail Selamat Bernikah Pada…?](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-22_3.png?ext=.png)
[VIDEO] Rakan Selebriti Ucap Tahniah, Nad Zainal & Ungku Ismail Selamat Bernikah Pada…?
Tahniah!

Kontroversi Perkahwinan, Chot Perlu Masa Bertenang Sebelum Beri Kenyataan
Mohon diberi masa.
![[VIDEO] Sebutan Tepat, Rasa Terharu & Bangga” - Raja Ilya Menangis Dengar Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil [VIDEO] Sebutan Tepat, Rasa Terharu & Bangga” - Raja Ilya Menangis Dengar Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-semua-sebutan-tepat-rasa-terharu-dan-bangga-raja-ilya-menangis-dengar-datuk-siti-menyanyi-lagu-tamil.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] "Sebutan Tepat, Rasa Terharu & Bangga” - Raja Ilya Menangis Dengar Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil
Hebatnya Datuk Siti!

Tekak Sakit, Ziana Zain Tetap Beri Persembahan Terbaik Untuk 600 Peminat Atas Kapal Cruise
Tetap power!