gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
"Dulu Melawak Kasar Tak Jadi Isu, Sekarang Melawak Sikit Terus Jadi ..." - Suami Kieda Crepe
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Wanns Ahmad Tak Puas Nak Rasa ‘Vibe’ Program Realiti, Sedia Sertai Lagi Jika Diberi Peluang
BERITA
Trump Umum Gencatan Senjata Antara Israel Dan Iran
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Seperti Dalam Filem! Qawiy Kongsi Detik Perkenalan Dengan Isteri Melalui IG - “Waktu Itu, Video Saya Viral..."”

gempak
Asyikin Mayudin
12/05/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
Seperti Dalam Filem! Qawiy Kongsi Detik Perkenalan Dengan Isteri Melalui IG - “Waktu Itu, Video Saya Viral..."”
Pempengaruh Qawiy berkongsi detik perkenalan dia dengan isteri yang bermula di platform Instagram.

Video tular

Menerusi perkongsian di sebuah podcast, Qawiy atau nama sebenarnya Abdul Qawiy Abd Rashit berkata mereka berkenalan disebabkan video dia membawa ibunya menunaikan umrah menjadi tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Qawiy Selamat Bergelar Suami Kepada Pilihan Hati, Pilih Bernikah Di London

ARTIKEL BERKAITAN: #GempakVideoNews : Qawiy Anggap Kontroversi Lepas Ada Hikmah

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Jatuh, Tapi Bangkit Lebih Tinggi" - Qawiy Kongsi Kehidupan Selepas Dilanda Kontroversi

“Kenal melalui Instagram… cumanya cara saya dapat itu waktu saya dekat Madinah. Saya berdoa di sana… lepas saya doa, saya tengok Instagram story saya dan saya nampak dia.

“Lepas itu saya terus approach. Selalunya saya akan tengok IGS saya. Tiba-tiba ada dia, walaupun dia tak follow saya pun. Sebab waktu itu, video saya viral yang saya bawa mak saya tu.

“Ikutkan IG dia private, saya tak nampak pun. Ada muka dia tapi macam setengah saja. Saya request dulu, dia memang private gila. Dia approved selepas saya balik Malaysia.

“Dia cakap, dia tak nak ganggu saya punya umrah. Sebab yela, saya tengah buat umrah,” kongsi Qawiy.

Solat istikharah

Menganggap isterinya seorang yang mementingkan privasi, Qawiy berkata dia mengambil keputusan untuk terbang ke London selepas melakukan soalt istikharah.

“Lepas dia accept, saya terus tengok IG dia tapi dia tak ada post langsung. Cuma ada highlight saja. Lepas itu saya terus mesej dia cakap ‘saya berminat untuk kenal awak’.

“Lepas itu dia balas ‘Walaikummussalam, untuk tujuan apa?’. Saya cakap, saya nak kahwin la ‘saya mencari pasangan hidup’. Lepas itu, kenal dulu dalam dua minggu juga.

“Kami kenal, tanya soalan yang asas la, macam taaruf punya style, soalan-soalan. Dia buat istikharah, saya pun sama. Saya dapat rasa tenang, saya rasa macam smooth semua benda.

“Saya terus booked tiket ke UK,” katanya.

Untuk rekod, Qawiy berkongsi berita gembira dia selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya pada 2 Mei lalu di London.

Topic Berkaitan
#Instagram
#IG
#Qawiy
#Isteri Qawiy
Must-Watch Video