Seram...Wanita Ini Kongsi Suami Tiba-Tiba Dirasuk Dalam Perjalanan Pergi Berubat
Firdaus
28/06/2024 23:55 MYT
28/06/2024 23:55 MYT
Seorang wanita berkongsi pengalaman seram apabila suaminya dirasuk semasa dalam perjalanan untuk pergi berubat kerana demam.
Menerusi kapsyen wanita itu di TikTok, dirinya mendedahkan bahawa suaminya sering demam selepas waktu maghrib dan perkara itu berlanjutan sehingga tiga minggu.
Menerusi kapsyen wanita itu di TikTok, dirinya mendedahkan bahawa suaminya sering demam selepas waktu maghrib dan perkara itu berlanjutan sehingga tiga minggu.
BERITA TRENDING: Dengar Bunyi Cakar & Pintu Digegar, Shila Amzah Kongsi Pengalaman Diganggu Makhluk Halus Di Pulau Langkawi!
Namun apa yang tidak disangka, dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan, suaminya tiba-tiba memberhentikan kereta dan memandangnya dengan riak wajah yang menakutkan.
"Kami dalam perjalanan pergi berubat. Sebab suami asyik demam lepas maghrib dah tiga minggu. Dia rasa macam ada sesuatu yang tak kena dekat badan dia.
"Dalam perjalanan ke sana dan dia drive ye, tiba-tiba sesuatu terjadi. Bayangkan dalam kereta tu hanya ada kau, baby dan suami.
"Kau toleh kanan dia tersenyum-senyum pandang kau, tak sampai lagi rumah perawat tu, dia dah berhentikan kereta," tulisnya.
"Kau toleh kanan dia tersenyum-senyum pandang kau, tak sampai lagi rumah perawat tu, dia dah berhentikan kereta," tulisnya.
Terima Bantuan Daripada Penduduk Setempat
Pada penghujung coretannya, wanita itu berkata menerima bantuan daripada penduduk setempat namun tidak menafikan dirinya berasa merinding apabila berhadapan dengan situasi tersebut.
BERITA TRENDING:"Balik Jer Tidur Mesti Kena Tindih, Sampai Tak Boleh Bernafas" - Elvina Mohamad
"Alhamdulillah orang kampung ramai datang tolong kitorang. Aku dan baby dah keluar dari kereta tu. Sebab aku takut dia terkam baby.
"Mengigil satu badan, Allah je yang tahu perasaan aku masa tu," luahnya. undefined
Dalam pada itu, menerusi hantaran lain wanita berkenaan menunjukkan suaminya berjaya mendapat rawatan daripada ustaz. Namun tiada sebarang informasi tentang keadaan suaminya ketika ini.

BERITA TRENDING:Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian wanita itu telah ditonton lebih empat juta tontonan oleh pengguna TikTok.BERITA TRENDING:Peguam Diganggu Makhluk Halus, Pintu & Tingkap Diketuk Setiap Pukul 3 Pagi
Sumber: TikTok