Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Serina Nafi Nikah Di Siam, Jelaskan Status Suami: "Berhentilah Buat Fitnah"

Maliah Surip
10/04/2021 08:50 MYT
Pelakon Serina Redzuawan hari ini tampil membuat penjelasan mengenai penafian yang dibuat ayahnya, cef terkemuka, Cef Wan yang mendakwa dirinya sudah bernikah di Siam sebelum memaklumkan majlis itu dilangsungkan semalam.

Menerusi kemas kini yang dibuat di akaun Instagramnya, Serina membuat penjelasan panjang lebar termasuk mengaku terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh ayahnya sebaik dia mengumumkan sudah menjadi isteri kepada Meor Mohammad Aidid.

"Assalamualaikum, tujuan post Serina hari ni nak jelaskan kekeliruan dan nak minta netizen jangan mudah nak hukum orang lain dengan menambah fitnah kepada Serina & Suami.

"Lepas papa tulis dia tak tau kami nikah, dan dia kata kami kawin di siam itu adalah TIDAK BENAR. KAMI BERNIKAH DI SEBUAH NEGERI DALAM MALAYSIA," tulis Serina.

Tambah Serina: "I pun terkejut papa cakap kami kawin di Siam, fikir lah Logik border pun tutup mana ada bukak, Astaghfirullahalazim, cuba doakan yang baik baik jangan jadikan social media tempat tambah dosa mengumpat, fitnah dan maki hamun orang lain."

Serina bagaimanapun tidak menjelaskan tarikh pernikahan sebenar dan di negeri mana dirinya telah selamat diijabkabulkan dengan pegawai polis tersebut.

Dalam muat naik yang sama, Serina, 39, turut menjelaskan mengenai status suami baharunya itu.

"I nak jelaskan Suami i bukan suami orang, duda. Sebelum kenal i pun mereka dah ada masalah perkahwinan jarak jauh dan mereka belum ada zuriat. Jangan menuduh Suami i yang tak benar," katanya lagi.

Ibu dua anak hasil pernikahan lamanya itu kemudian mengingatkan masyarakat agar jangan cepat membuat tuduhan sehingga boleh menjadi fitnah dengan khabar yang tidak sahih.

"Berhentilah buat tuduhan serta fitnah , besar dosa nya nak menjawab di akhirat kelak. Sebab itu kalau kita tak tau jangan kita memandai nak komen dan hentam orang lain.

"Apa pun i maafkan orang yang fitnah dan cuba hancurkan keluarga kami moga Allah beri orang ini hidayah," tulis Serina lagi.



Dalam masa yang sama, Serina juga memohon agar semua pihak mendoakan kebahagiaan dan perkahwinan baharunya kekal sehingga ke akhir hayat.

Terdahulu, Serina berkongsi khabar bahagia sudah menikah secara tertutup semalam. Kenyataannya itu kemudian dijawab Cef Wan yang mendakwa anak perempuannya itu sudah menikah di Siam terlebih dahulu.

Sebelum ini Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang anak iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.

Instagram: @serinaredzuawan





#pelakon #Nikah #Serina Redzuawan #Chef Wan #Restu #Siam
;