Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

Sering Beraya Di Kuala Lumpur, Siti Saleha Rindu Suasana Kampung

Rozaimi Zubaidi 18/06/2018 | 01:30 MYT
Pelakon Siti Seleha mengakui setiap tahun akan menyambut perayaan Aidilfitri bersama keluarga di Kuala Lumpur.
Menurut Saleha, dia teringin untuk merasai pengalaman beraya di kampung bersama keluarga.
"Sebelum ini saya dan keluarha akan beraya di Kuala Lumpur sahaja memandangkan kebanyakan saudara kami berada di sini.
"Jadi kami sekeluarga akan berkunjung ke rumah saudara mara selama dua hari.
"Kalau boleh tahun ini saya mahu beraya di kampung kerana ingin merasa suasana meriah beraya di sana," katanya kepada Astro Gempak.
Saleha berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2018 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram
#pelakon #Siti Saleha #Pelakon