Hiburan

Sering Dengar Keluhan, Fikry Ibrahim Bakal Lancar Aplikasi...

gempak
Kamaruddin Razal
22/11/2019
06:45 MYT
Sponsor Banner
Sering Dengar Keluhan, Fikry Ibrahim Bakal Lancar Aplikasi...
Pelakon dan pelawak Fikry Ibrahim mencipta kelainan tersendiri menerusi pelancaran sebuah aplikasi yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Jejaka yang mula dikenali menerusi program realiti Lawak Solo ini bakal melancarkan aplikasi penghantaran makanan dan platform masakan dari rumah yang pertama di Malaysia pada awal tahun hadapan.
"Sejujurnya, saya mendapat idea untuk menyediakan perkhidmatan ini selepas melihat ramai peniaga yang hanya berbisnes dari rumah.
"Menu yang ditawarkan sangat enak tetapi bisnes mereka kurang mendapat pendedahan dan masih belum berjaya.
"Jadi, menerusi aplikasi penghantaran makanan Go Eat yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, ia akan membantu ramai peniaga masakan dari rumah.
"Idea ini datang dari saya sendiri dan ia pertama di Malaysia," katanya yang bertindak sebagai Pengasas Bersama Go Eat.
Diasaskan oleh usahawan Datuk Khairil Muzamil Abdul Rahman, Go Eat bakal dijadualkan melalui tempoh percubaan pada Disember hadapan dan akan dilancarkan pada awal 2020.
Dalam pada itu, keluhan rakan-rakan yang beekrja sebagai penghantar makanan juga menjadi dorongan untuk Fikry dan Khairil melancarkan aplikasi Go Eat.
"Terdapat segelintir orang memandang remeh pekerjaan terbabit. Tapi sebenarnya ia sesuatu yang sangat mencabar. Saya tahu kepayahan yang harus dilalui penghantar makanan.
"Saya sering mendengar keluhan rakan-rakan yang terlibat dalam bidang berkenaan dan perkara itu membuatkan saya terpanggil untuk muncul dengan Go Eat.
"Aplikasi ini akan cuba membangunkan mereka dan membantu generasi muda menjana pendapatan yang lebih baik," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Fikry bakal muncul dalam drama bersiri Rindu Yang Terlarang yang akan bersiaran di slot Dramavaganza.
Naskhah ini merupakan adaptasi dari novel berjudul sama karya Umie Nadzimah.
Selain Fikry, drama bersiri ini akan membariskan Zahirah Macwilson, Kartina Aziz, Amyza Aznan, Mat Over, Sahronizam Noor dan ramai lagi.
Diarahkan oleh Rashid Sibir, jangan lupa saksikan Rindu Yang Terlarang setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula 26 November ini!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024