Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Sering Dengar Keluhan, Fikry Ibrahim Bakal Lancar Aplikasi...

Kamaruddin Razal 22/11/2019 | 06:45 MYT
Pelakon dan pelawak Fikry Ibrahim mencipta kelainan tersendiri menerusi pelancaran sebuah aplikasi yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Jejaka yang mula dikenali menerusi program realiti Lawak Solo ini bakal melancarkan aplikasi penghantaran makanan dan platform masakan dari rumah yang pertama di Malaysia pada awal tahun hadapan.
"Sejujurnya, saya mendapat idea untuk menyediakan perkhidmatan ini selepas melihat ramai peniaga yang hanya berbisnes dari rumah.
"Menu yang ditawarkan sangat enak tetapi bisnes mereka kurang mendapat pendedahan dan masih belum berjaya.
"Jadi, menerusi aplikasi penghantaran makanan Go Eat yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, ia akan membantu ramai peniaga masakan dari rumah.
"Idea ini datang dari saya sendiri dan ia pertama di Malaysia," katanya yang bertindak sebagai Pengasas Bersama Go Eat.

Kalau Indonesia bangga dengan GoJek,Malaysia ada GoEat.We go global,Malaysia Boleh! #goeat #goeatmy @goeat_my

A post shared by Khairil Muzamil Abd Rahman (@khairilmuzamil) on

Terima kasih atas kesabaran pihak anda yang menanti dengan penuh kesetiaan untuk menjadi sebahagian dari keluarga besar kami. Kepada semua abang-abang Rider yang kami hormati, jangan risau dan jangan bimbang. Kami di Go Eat amat memahami keperluan dan kehendak anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pandangan dan cadangan, sila kongsikan dengan pihak kami. Let’s Go Eat! . . #goeat #goeatmalaysia #teamgoeat #fooddelivery #homecooking @fikryibrahim

A post shared by Go Eat (@goeat_my) on

Pesanan daripada Co Founder kami- @fikryibrahim Sila tag rakan rakan "home cook" atau lebih dikenali sebagai penjual makanan dari rumah untuk membantu mereka mengetahui kehadiran kami. #goeat#goeatmy #homecook #malaysianfood #fikryibrahim #malaysian

A post shared by Go Eat (@goeat_my) on

Diasaskan oleh usahawan Datuk Khairil Muzamil Abdul Rahman, Go Eat bakal dijadualkan melalui tempoh percubaan pada Disember hadapan dan akan dilancarkan pada awal 2020.
Dalam pada itu, keluhan rakan-rakan yang beekrja sebagai penghantar makanan juga menjadi dorongan untuk Fikry dan Khairil melancarkan aplikasi Go Eat.
"Terdapat segelintir orang memandang remeh pekerjaan terbabit. Tapi sebenarnya ia sesuatu yang sangat mencabar. Saya tahu kepayahan yang harus dilalui penghantar makanan.
"Saya sering mendengar keluhan rakan-rakan yang terlibat dalam bidang berkenaan dan perkara itu membuatkan saya terpanggil untuk muncul dengan Go Eat.
"Aplikasi ini akan cuba membangunkan mereka dan membantu generasi muda menjana pendapatan yang lebih baik," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Fikry bakal muncul dalam drama bersiri Rindu Yang Terlarang yang akan bersiaran di slot Dramavaganza.
Naskhah ini merupakan adaptasi dari novel berjudul sama karya Umie Nadzimah.

Pen merah pen biru, Anje nakal content muka you! Lepas tu kita main kejar kejar la korang! RINDU YANG TERLARANG Mulai 26 November 2019 SETIAP Isnin-Jumaat 7 malam Hanya di Astro Ria dan RiaHD Adaptasi novel Rindu Yang Terlarang karya @umienadzimah Arahan @rashidsibir Dibintangi oleh @fikryibrahim @zahirahmacwilson @kartinaziz @amyzaaznankaaia @matover_mo @sahronizamnoor Dan ramai lagi pelakon hebat #akandatang #dramavaganza #rinduyangterlarang

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on

Selain Fikry, drama bersiri ini akan membariskan Zahirah Macwilson, Kartina Aziz, Amyza Aznan, Mat Over, Sahronizam Noor dan ramai lagi.
Diarahkan oleh Rashid Sibir, jangan lupa saksikan Rindu Yang Terlarang setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula 26 November ini!
#pelakon #Pelakon #Fikry Ibrahim
;