Sering Dihurung Kontroversi Sejak Debut, Iman Troye Anggap Ia Asam Garam Dunia Hiburan
Izwan Isa
07/10/2021 00:55 MYT
07/10/2021 00:55 MYT
Sejak melangkah masuk ke industri hiburan, nama Iman Troye sering terkait dengan kontroversi. Bermula dengan kesalahan baring di atas pokok hiasan milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan seterusnya mencetuskan salah faham peminat disebabkan komen terhadap Jaehyun, anggota kumpulan NCT 127, nama Iman terus panas dengan beberapa kontroversi lagi.
Pemilik nama sebenar Siti Nur Iman Alyssa Shahabudin, 21, itu juga pernah dikecam gara-gara menulis ‘Happy 6.9k everyone!’ di akaun Twitternya yang merujuk kepada peningkatan jumlah kes COVID-19 di Malaysia sekitar bulan Mei lalu.
Terbaharu, dia sekali lagi menjadi buah mulut netizen apabila meletakkan tag nama Instagram penyanyi Naim Daniel pada gambarnya yang sedang memegang sejambak bunga. Tindakan Iman itu menimbulkan riuh dalam kalangan peminat sehingga menyebabkan ramai yang membuat andainya bahawa dia dan Naim telah mengikat ikatan pertunangan. Bagaimanapun, Iman dan Naim secara terbuka memberitahu bahawa ia adalah gurauan semata-mata.
Adakah Iman merupakan magnet kontroversi? Adakah hal-hal negatif menjadikan populariti Iman dalam kalangan peminat mencanak naik?
BACA: Iman Troye Tampil Perjelas Spekulasi Tunang; "Saya & Naim Daniel Memang Macam..."
Berkesempatan berbicara dengannya pada sidang media virtual pengumuman senarai calon Top 20 Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME 2021) yang berlangsung baru-baru ini, Iman menjelaskan bahawa kontroversi merupakan hal yang harus dilalui sepanjang berada dalam dunia hiburan.
Menurut Iman, dia juga percaya bahawa setiap kontroversi yang dilalui sedikit sebanyak memperkenalkan namanya dalam kalangan masyarakat.
“Bagi saya, apabila saya sudah masuk dalam industri ini, saya kena terima setiap perkara baik dan buruk. Sisi buruknya bakal menjadi pengajaran supaya saya lebih matang dan berhati-hati. Sisi baik pula apabila saya selalu mendapat aura positif dan kata-kata semangat daripada rakan artis serta peminat.
“Mungkin betul, setiap kontroversi dan berita yang dilaporkan sebelum ini menyebabkan orang mengenali saya. Namun, secara jujur, bukan niat saya untuk cipta kontroversi. Niat saya adalah untuk berkongsi apa yang saya rasa di media sosial,” ujarnya kepada Gempak.
BACA: Bergurau Tak Kena Gaya, Iman Troye Dianggap Tak Sensitif!
Dalam pada itu, Iman berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang hal-hal negatif dan selalu menjadikan keluarganya sebagai tempat rujukan apabila ditimpa musibah.
“Apa yang penting adalah kesihatan mental kita. Jadi, kalau ada apa-apa yang berlaku, saya akan rujuk dengan keluarga terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat. Kemudian, saya tolak tepi benda yang tak penting supaya saya tidak terganggu dengan hal yang tidak enak,” jelasnya lagi.
Ditanya adakah dia dan Naim Daniel mempunyai hubungan istimewa seperti yang digembar gemburkan, jawab Iman ringkas: “Tidaklah, saya anggap dia sebagai abang dan dia anggap saya sebagai adik. Tak lebih, tak kurang,” tutup Iman.
Menerusi pencalonan awal AME 2021, Iman yang sebelum ini popular dengan single berjudul Teman tersenarai dalam empat kategori iaitu Artis Baharu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP Era, BBNU MeleTOP dan Video MeleTOP.