Hiburan
Sering Kelihatan Tinggi Dalam Foto Instagram, Ini Tips Fatin Afeefa... Rupa-Rupanya...
Pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa akui cerewet apabila berkongsi foto di media sosial.
Menurut Fatin, dia sangat mengambil berat tentang imej dirinya dalam foto yang diambil.
"Saya memang ambil berat terhadap imej diri saya dalam foto yang diambil, bukan apa, kadang-kadang ada netizen yang suka pertikaikan perkara kecil sehingga ada yang mempertikaikan tentang urat-urat di lengan.
"Jadi, saya mengambil langkah untuk betul-betul menjaga aspek sebegitu apabila bergambar, saya akan edit apa yang patut untuk kelihatan sempurna, tetapi tidaklah sampai ubah bentuk badan asal saya" katanya kepada Gempak baru-baru ini.
Dalam pada itu, Fatin turut berkongsi beberapa tips yang selalu diamalkan ketika dia bergambar.
"Antara tips yang selalu saya amalkan adalah terbalikkan telefon bimbit ketika mengambil gambar, ia akan membuatkan saya kelihatan lebih tinggi dalam foto itu.
"Selain itu, lebih elok jika ambil gambar dari paras lutut keatas, ia juga memberi efek untuk kelihatan lebih tinggi.
"Tips tersebut merupakan hasil eksperimen saya sendiri bersama rakan-rakan, kami selalu mencuba pelbagai 'camera trick' untuk diamalkan bersama," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Fatin kini tampil dengan single terbaru berjudul Satu Jam Saja.
Single tersebut merupakan sebuah karya Yeshua Abraham yang juga merupakan juara rancangan realiti T Just Duet dari NET TV Indonesia dan ia digubah oleh syarikat produksi AMP Music.
Ia telah berada di semua platform streaming popular diikuti muzik video rasminya yang ditayangkan di YouTube bermula Jumaat lalu.