Sering Terima Watak Aksi, Fad Anuar Pasang Impian Mahu Bawa Watak Komedi Pula - “Saya Minat Tapi Tak Ada Rezeki Lagi”
Khairil Khusyairi
20/11/2024 06:50 MYT
20/11/2024 06:50 MYT
Pelakon Fad Anuar mengakui mahu keluar dari zon karya aksi dalam setiap naskah yang dibintanginya.
Mahu Keluar Dari Kepompong
Menurut Fad, 35, dia mahu dirinya bukan sahaja dikenali sebagai pelakon aksi sebaliknya inginkan pelakon yang mampu bermain dengan emosi.
“Mereka ini (pihak produksi) yang letakkan saya di ‘kotak’ itu. Kalau Fad Anuar saja mesti filem aksi. Saya kalau boleh nak keluar dari kepompong itu.
“Saya nak Fad Anuar ini dikenali bukan saja aksi tetapi dari segi lakonan, dramanya dan emosinya.
“Saya sangat terima kasih kepada pengarah yang pernah menawarkan kerja lakon kepada saya kerana mengubah persepsi seorang pelakon aksi kepada pelakon yang lebih beremosi,” katanya kepada Gempak.
Ada Cabaran Tersendiri
Fad yang pernah membintangi beberapa filem aksi seperti Geran, Walid, Takluk: Lahad Datu dan Pungut mengakui ada cabaran dalam setiap filem aksi yang dilakonkannya.
“Setakat hari ini rezeki saya kepada karya aksi, saya tak akan menolak kalau saya akan keluar dari kepompong aksi.
“Setakat hari ini rezeki saya kepada karya aksi, saya tak akan menolak kalau saya akan keluar dari kepompong aksi.
“Sebenarnya untuk berlakon aksi itu sendiri sudah menjadi kebiasaan bagi saya kerana pengalaman sudah ada tetapi bagi saya setiap watak yang saya terima sangat berbeza.
“Jadi cabaran itu tetap ada dan berbeza, jangan kita anggap bila kita selalu lakonkan aksi pasti kita boleh lakukannya, tidak.
"Setiap watak yang saya terima, semuanya berbeza dengan Fad Anuar sendiri,” kongsinya.
Minat Watak Komedi
Dalam pada itu, Fad turut memaklumkan dia mempunyai minat untuk membintangi filem bergenre komedi namun rezeki belum menjengah kepadanya.
“Saya sebenarnya minat komedi, saya minat tapi tidak berpeluang lagi.
“Saya sebenarnya minat komedi, saya minat tapi tidak berpeluang lagi.
“Kalau komedi, saya minat komedi seperti Stephen Chow (aktor asal Hong Kong) iaitu komedi aksi. Ia komedi dan aksi. Saya suka komedi.
“Belum ada rezeki lagi ke arah itu. Tapi bila saya berlakon dan filem atau drama saya cuba untuk selitkan emosi komedi, saya akan minta pada pengarah juga,” kongsinya.