Pelakon baru, Scha Elinnea bertindak menutup ruangan komen di laman Instagram miliknya untuk mengelakkan aura negatif.

Sering memuat naik foto-foto dirinya yang agak seksi, pemilik nama Azleena Natasha Mubeen ini mengakui itu adalah keperibadiannya yang sebenar.

"Apa yang saya muat naik di lama Instagram itu adalah diri saya yang sebenar. Macam mana yang peminat saksikan di dalam laman sosial, begitu juga saya di luar.

"Saya pakai apa yang saya rasa nak pakai. Komen negatif itu normal... Sebab itu saya tutup ruangan komen. Dari orang bercakap buruk, lebih baik saya tutup komen," katanya.

#dramajuliet akan datang @rtm_malaysia @tv1_rtm @redzarosli @rrsupporters @ritanadira_ @anakpaksyed_ @edtvmalaysia #makeeveryonedreamcometrue?

A post shared by Zeel Production Sdn.Bhd. (@zeelproduction) on

#juliet akan datang @rtm_malaysia @tv1_rtm @smebank_malaysia @ritanadira_ @samsuhaid @anakpaksyed_ @hj.zil ,#makeeveryonedreamcometrue?

A post shared by Zeel Production Sdn.Bhd. (@zeelproduction) on

Lily in action @zeelproduction #juliet

A post shared by Scha Elinnea (@schaelinnea) on

You make my heart glow with so many feelings. @zeelproduction #juliet

A post shared by Scha Elinnea (@schaelinnea) on


Scha ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri 26 episod berjudul Juliet terbitan Zeel Productions yang bakal disiarkan di RTM.

Memegang watak Lily, Scha sekali lagi membawakan watak antagonis.

"Saya gemarkan watak sebegini kerana ia memberi cabaran kepada saya. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan tenaga produksi drama bersiri Juliet kerana ia memberi banyak pengalaman yang baik," katanya lagi.

Naskhah Juliet mendapat sentuhan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar selaku sutradara.

Juliet yang turut membariskan pelakon hebat lain seperti Redza Rosli, Rita Nadira, Rozita Che Wan, Haliza Misbun, Azza Elite, Sofia Ibrahim, Louisa Chong serta ramai lagi dan bakal ditayangkan sekitar September ini.