gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Kes Lemas Berulang, UniSZA Keluar Notis Larangan Aktiviti Di Air
KELUANG MAN
Penangan Nostalgia Keluang Man, Lebih 7,000 Orang Enjoi Di Acara Fun Run Superhero Original Pertama Malaysia
HIBURAN
“Takkanlah Mama Saya Nak Racun Anak Sendiri” – Selesai Berpantang, Atikah Suhaime Berang Ditegur Makan Ikan Pari
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

"Serious? So, Made In Janda Baik Lah Ni?" - Fizo Omar Terkejut, Isteri Rupa-Rupanya Bunting Pelamin

gempak
Amri Hassan
20/02/2022
23:54 MYT
Sponsor Banner
"Serious? So, Made In Janda Baik Lah Ni?" - Fizo Omar Terkejut, Isteri Rupa-Rupanya Bunting Pelamin
Isteri kepada pelakon Fizo Omar, Fazeera Nazri mengumumkan dirinya kini sedang berbadan dua.
Menerusi sepotong video di Instagram miliknya pada Ahad, Fazeera membuat kejutan buat Fizo dengan memberikan alat ujian kehamilan.
Difahamkan, alat ujian kehamilan itu diberikan pada bulan pertama pernikahan mereka.
"Video ini diambil ketika bulan pertama perkahwinan kami, ia kejutan besar buat dia (Fizo) apabila beritahu saya hamil.
"Alhamdulillah, ini hadiah paling istimewa buat kami dan saya berdoa agar semuanya berjalan lancar," tulis Fazeera.
Reaksi Fizo pula ketika diberikan alat ujian kehamilan itu sangat terkejut dan bertanyakan tentang kesahihan berita itu.
"Maksudnya you hamil? Serius? Tak sangka betul sayang. So, made in Janda Baik lah ni? Yes, saya happy sangat," kata Fizo.
Fizo dan Fazeera bernikah pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Ia merupakan perkahwinan kedua Fizo yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Mawar Karim yang berkahwin pada 2013 namun bercerai pada Julai 2019.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam, 5.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Hamil
#Fizo Omar
#Mengandung
#Isteri
#Janda Baik
#Pregnant
#Fazeera
Must-Watch Video