Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Serious Tak Sabar Nak Tahu Siapa Yang Berjaya Curi Hati Amani…” – Sharifah Amani Dah Ada Kekasih?

Fiza Kamarudin 12/02/2022 | 10:29 MYT
Selepas dua kali memuat naik foto bersama seorang lelaki, pengikut laman sosial Instagram pelakon Sharifah Amani sudah mula berteka-teki mengenai status pelakon tersebut.
Amani pada minggu lalu membuat ucapan hari lahir kepada seseorang pada sekeping foto yang menunjukkan sepasang tangan sedang digenggam erat.
Walaupun tidak menunjukkan wajah, tetapi ramai yang meneka ia merupakan tangan pelakon tersebut bersama seseorang yang cukup istimewa, ditambah lagi dengan ucapan ‘I love you’ yang ditulis pada ruangan kapsyen.
Yang terbaru Amani memuat naik sekeping lagi foto dan terus mencetus tanda tanya peminat apabila di ruangan kapsyen turut tertulis perkataan ‘Saturdate’.
Di ruangan komen pengikut Amani pula tertanya-tanya siapa gerangan jejaka yang berjaya mencuri hati anak dara kepada Fatimah Abu Bakar ini.
“Serious tak sabar nak tahu siapa yang berjaya curi hati Amani,” komen seorang pengikut.
Menerusi hantaran sama, Amani turut menerima usikan nakal pengikut yang menulis bunyi kompang pada ruangan komen.
Bagaimanapun sehingga kini Amani masih belum mendedahkan siapa jejaka yang berjaya memiliki hatinya itu.
Sudah tentu, ramai yang teruja untuk mengetahui siapa di hati Amani kerana di kalangan empat beradik Sharifah, hanya dia sahaja yang masih belum mendirikan rumah tangga.
#pelakon #Kekasih #Sharifah Amani
;