“Serius La Tu Luka Betul?” – Zahiril Adzim Cedera Di Muka, Netizen Ingat Teknik Solekan

Azwa Rahman
November 22, 2019 10:35 MYT

Pelakon Zahiril Adzim mencuri perhatian netizen apabila berkongsi sekeping foto wajahnya dengan luka ditoreh di pipi serta lebam di dahi.

Menerusi laman sosial Instagram, Zahiril atau lebih mesra disapa Bob memuat naik foto tersebut untuk tatapan umum.

“Kalau belum tertulis untuk aku berhenti, maka tidak akan berhenti lah aku walau apa pun yang berlaku. Tiada tandingan kuasaNya,” tulis Zahiril menerusi ruangan kapsyen.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, aktor Beto Kusyairy dilihat meminta maaf terhadap kecederaan yang berlaku dan berasa lega apabila luka tersebut tidak perlu dijahit.

“Sorry Bob, nasib baik tak payah kena jahit,” tulis Beto di ruangan komen.

Malah, rata-rata wargamaya terkejut dengan kecederaan yang dialami oleh pelakon itu dan merasakan ia hanyalah teknik solekan.

Terkini, Zahiril sedang sibuk menjalani pengambaran KL Gangster Underworld 2 dan kerap berkongsi foto-foto di sebalik tabir telefilem tersebut.

#pelakon #Kemalangan #Pelakon #Telefilem