“Serius Penat Shoot, Sampai Tiga Ligamen Saya Koyak” - Hairul Azreen Cedera Shooting Wira

Mya Amri
November 5, 2019 15:01 MYT
Pelakon Hairul Azreen akui tidak mudah menjalani penggambaran untuk filem terbarunya berjudul Wira.
Menurut Hairul, dia sendiri mengalami kecederaan sewaktu melakonkan babak aksi menerusi filem tersebut.
Perkara itu dikongsi Hairul menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya hari ini.
“Serius penat shoot filem Wira ni. Kami cuma harap korang semua support beli tiket untuk filem akai fighting ni.
“Tapi benda yang paling susah adalah shoot, 1 shot 1 take dari level 4 sampai bawah.
“Sampai tiga ligamen saya koyak. Guys Wira 21 November ni okay,” tulisnya.
Selain Hairul, filem Wira turut menggabungkan pelakon dari Malaysia dan Indonesia antaranya Fify Azmi, Henley Hii, Yayan Ruhian, Ismi Melinda dan ramai lagi.
Filem arahan pengarah Adrian Teh ini bakal ditayangkan pada 21 November 2019.
#pelakon #Hairul Azreen #Pelakon #Wira