SMK Musim 2 semakin menjadi jadi dengan kisah tersendiri mereka. Kali ini dengan judul Lisa Blackpink dan tema menghargai rakan rakan, SMK Musim 2 menyaksikan bagaimana mereka menyelesaikan masalah Lisa.

Lisa meminta rakan-rakannya untuk membantunya mencari tiket konsertnya yang hilang. Tiket itu mempunyai kod QR untuk konsert Blackpink secara maya.

Dia berubah menjadi monster kepada rakan-rakannya walaupun mereka telah berusaha sedaya upaya untuk menolongnya. Dia menyedari pada akhirnya bahawa mereka hanya melakukan yang terbaik sebagai rakan.

A post shared by Astro Ceria (@astroceria)


Jangan lupa saksikan SMK Musim 2 yang sudah mula ditayangkan sejak 7 Oktober lalu pada setiap Rabu, jam 9 malam di Astro Ceria (CH631) dan Ceria HD (CH611)!

Musim terbaharu ini juga boleh distrim melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand.
Ikuti perkembangan terkini musim kedua SMK di platform berikut: laman sesawang rasmi, Instagram dan YouTube.

Kredit Foto: Moonshot Korea