Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

Firdaus
18/09/2024 07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.

Seronok Bekerjasama

Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, dirinya mula mengenali Leona itu selepas sama-sama terbabit dalam program realiti TV, Buka Kedai yang berkonsepkan berniaga makanan di Jepun.

"Seronok bekerja dengan Leona untuk program itu (Buka Kedai) walaupun pada mulanya saya tidak mengenali dia secara rapat. Tapi, dia seorang yang sangat baik dan kita boleh jadi kawan di set penggambaran itu.

"Dia juga kelakar, manja dan seorang budak perempuan yang bijak. Dia bukan budak biasa-biasa dan budak 'bimbo'. Dia tahu apa diinginkannya dan senang bekerja dengan Leona ini sebab orangnya boleh 'masuk air' dan gila-gila," katanya ketika ditemui Gempak.

Nabila berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem Gayong yang berlangsung di Astana Putra, Serdang, pada Isnin.

Bercerita lanjut, aktres berusia 40 tahun tersebut berkata perkenalannya selama 14 hari bersama Leona membuatkan dia gembira dan terhibur dengan perangai anak perempuan kepada pelakon, Azhar Sulaiman itu.

"Pada tiga hari pertama saja, Leona macam 'blur' sebab dia masih tak faham dengan kerja-kerja penggambaran. Tapi, dia (Leona) cepat faham dan senanglah juga untuk berkongsi ilmu dengannya.

"Apapun, selama saya melayani keletah Leona ketika di sana (Jepun), sedikit sebanyak memang dapatlah mengubat kerinduan pada anak perempuan saya di tanah air. Saya layankan saja apa permintaan Leona.

"Dia (Leona) suka buat video TikTok dan kita buatlah sama-sama. Saya pun memang tak keberatan nak melayan dia sebab kita pun ada kalanya akan keluar berjalan bersama-sama juga," katanya.

BERITA TRENDING: Sedia Berkahwin Lepas Tamat Pengajian, Leona Mahu Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa - "Saya Hanya Nak Menjadi Seorang Ibu"

​BERITA TRENDING: Letak ‘Standard’ Tinggi Terhadap Lelaki, Leona Sukar Cari Jodoh - “Gigi Kena Teratur, Rupa Saya Tak Kisah Sebab Kebanyakkan Bekas Kekasih Bukanlah Kacak”

​BERITA TRENDING: Didakwa Hangat Bercinta, Leona & Gabriel Prince Tampil Ulas Status Hubungan Terkini - "Sebenarnya Kami ..."

​BERITA TRENDING: Isu Dakwaan Rampas Kekasih Leona Masih Dipersoal Umum, Cupcake Aisyah Mohon Semua Move On

Dalam perkembangan terkini, Nabila bakal membintangi filem Gayong yang dijangka bakal ditayangkan pada Mei 2025.

Selain Yayan, filem Gayong menampilkan barisan pelakon terkenal lain seperti Beto Kusyairi, Yayan Ruhian, Syafie Naswip dan Chevanon Phukaokaew.

#Viral #Nabila Huda #Netizen #hiburan #Leona