Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Seronok Bekerjasama, Ini Respons Ria Ricis Bila Netizen ‘Jodohkan’ Dengan Aisar Khaled - “Saya Tak Salahkan Mereka Yang…”

Asyikin Mayudin 17/05/2025 | 06:55 MYT
Keakraban dan keserasian yang ditunjukkan dua YouTuber terkenal dari Indonesia dan Malaysia iaitu Ria Ricis serta Aisar Khaled sememangnya menarik perhatian netizen.

Kerjasama yang baik

Menerusi video yang dikongsikan semula di TikTok memperlihatkan pengamal media di Indonesia bertanyakan kepada Ricis atau nama lengkapnya Ria Yunita tentang kolaborasinya bersama Aisar.

ARTIKEL BERKAITAN: Sukar Nak Cari Orang Susah Di Malaysia, Aisar Khaled ‘Terbang’ Bantu Rakyat Miskin Indonesia - “Saya Bercakap Ini Atas Dasar…"

ARTIKEL BERKAITAN: Aisar Khaled Sebak Tinggalkan Keluarga Demi Misi Di Indonesia -“Aku Akan Kembali Setelah Semuanya Selesai”

Ricis menyifatkan pempengaruh media sosial dari Malaysia itu sebagai seorang lelaki yang baik dan berbudi bahasa.

“Seronok bekerjasama dengan Aisar, banyak lagi projek yang kami akan bekerjasama. Aisar dan kawan-kawan dia juga sangat baik, sopan dan kelakar. Pengikut Aisar di media sosial juga baik-baik,” katanya.

Kemesraan yang ditunjukkan dalam konten yang dimuat naik di media sosial juga membuatkan netizen mula mahu menjodohkan mereka berdua.

Ketika disoal mengenai perkara itu, Ricis bagaimanapun menjelaskan hubungannya dengan Aisar tidak lebih daripada seorang kawan.

Tak buat spekulasi

Dia juga berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sebaliknya memahami tugas mereka sebagai pencipta kandungan.

“Sebenarnya kalau berkolaborasi dengan sesiapa sahaja, saya memang professional. Tak ada berjodohan atau apa-apa, pengikut saya pun dah faham kalau saya berkolaborasi dengan sesiapa sahaja mesti kontennya seronok.

“Tapi saya tak salahkan mereka yang jodoh-jodohkan saya, itu tanggapan dan hak mereka,” katanya.

Untuk rekod Ricis pernah mendirikan rumah tangga dengan Teuku Ryan pada 12 November 2021 dan mereka memiliki seorang anak perempuan iaitu Cut Raifa Aramoana.

Namun, pasangan itu sah bercerai pada tahun lalu, 2024.

#Indonesia #Malaysia #Youtuber #Ria Ricis #Aisar Khaled