HIBURAN
Sukar Nak Cari Orang Susah Di Malaysia, Aisar Khaled ‘Terbang’ Bantu Rakyat Miskin Indonesia - “Saya Bercakap Ini Atas Dasar…"
Pempengaruh, Aisar Khaled memberi sebab mengapa dia sering membuat konten berkongsi rezeki dengan rakyat Indonesia.
Jelas Aisar, di Malaysia agak sukar untuk mencari orang yang betul-betul susah berbanding di Indonesia.
“Dekat Malaysia susah nak cari orang yang betul-betul susah, tidak ramai. Jujur di Indonesia lebih banyak orang susah, saya bercakap ini atas dasar realiti.
“Sebab apa Indonesia ramai orang susah sebab rakyatnya ramai, hampir 300 juta. Dekat Malaysia susah kita nak jumpa rumah-rumah kecil yang dibina sendiri, tapi di Indonesia banyak. Kalau di Malaysia perlu cari di pendalaman baru kita akan jumpa,” jelas Aisar.
Dalam pada itu, Aisar turut mengagumi cara orang Indonesia menghargai pemberiannya meskipun bantuan yang diberikan itu tidak seberapa.
"Kalau di Malaysia kita bagi duit mereka akan ucap terima kasih tapi disini agak berbeza, jadi saya sangat tersentuh dengan momen itu,” tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh pempengaruh berusia 25 tahun itu.
“Memang betul susah nak cari orang susah di Malaysia,time raya Korban nak berbagi daging korban pun jenuh mencari orang susah sampai masuk ke kampung² baru ada.
“Aku pernah tggl dimlyasia aq jrg lihat org minta sedekah ,pengamen dtangin kita lagi makan seingat ku gk pernah lihat pengemis.
“Sesusahsusahnya org malaysia itu masih punya mobil
“Aisar jujur.. memang kita byk susah,” tulis netizen.
Must-Watch Video