Aplikasi ini pernah mencetuskan kontroversi pada tahun lalu, namun entah bagaimana ia kembali popular di media sosial.

Pada yang tidak tahu, aplikasi Face App menggunakan kaedah 'neural networks' iaitu salah satu jenis teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI).

Fungsi inilah yang membolehkan wajah pengguna menjalani satu tranformasi sama ada kepada tua atau bertukar jantina.

Selain itu, jika gambar anda penuh dengan gambar, aplikasi ini dengan bijaknya boleh mengesan gambar yang mempunyai wajah saja untuk disunting.

Walaubagaimanapun, keupayaan Face App mengakses galeri gambar ini juga telah mendatangkan rasa bimbang sesetengah pengguna.

Malah, menerusi laporan ES News, kenyataan privasi Face App juga agak mengelirukan.

"Boleh berkongsi kandungan pengguna dan maklumat anda dengan perniagaan yang secara sah merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat FaceApp. " kata kenyataan tersebut.

Lebih mencurigakan lagi, Face App sehingga kini masih belum menjelaskan secara terperinci terhadap polisi berkenaan.

Adakah benar gambar yang diberikan kepada FaceApp berkemungkinan membolehkan mereka untuk menggunakannya untuk apa sahaja yang mereka suka, selama mana yang mereka inginkan.

Pada anda yang bimbang dengan polisi tersebut, apa yang anda boleh lakukan ketika ini adalah pergi ke bahagian 'setting' dan pilih untuk tidak Face App mengakses gambar.

Hanya benarkan aplikasi terbabit mengakses kamera sahaja.

BACA: Ubah Muka Jadi Tua? Aplikasi FaceApp Didakwa Meragukan, Miliki 150 Juta Data Wajah!