Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Seronok Body Suami Jadi Tatapan Umum" - Netizen Kecam Aksi Separuh Bogel Ahya Rosli

Hanafis Haris
03/04/2019 06:28 MYT
Pelakon dan model Ahya Ulumuddin Rosli, 32, baru saja menamatkan zaman bujangnya Jumaat lalu apabila selamat bergelar suami kepada Shahirah Sanusi, 27.

Tidak sampai seminggu melangsungkan perkahwinan, Instagram Ahya sudah mula dibanjiri dengan komen-komen berbaur kecaman.

Ia gara-gara sebuah gambar separuh bogel yang dimuat naik di Instagramnya. Foto berkenaan menunjukkan Ahya sedang mandi bunga di dalam tab mandi tanpa seurat benang.

"Isteri yang suruh belanja pic ni. Today Wednesdate, banyak sangat suprise," tulisnya pada posting berkenaan.

Aksi separuh bogel itu itu sekali gus menimbulkan rasa kurang senang sesetengah netizen yang rata-ratanya memberi komen 'pedas'.

"Tak ada peragai yang jenis baik sikit? Meluat la tengok," kata seorang netizen.

"Bagus lah isteri you, Seronok body suami jadi tatapan umum... 5 bintang," kata seorang lagi netizen dengan bernada perli.

"Ok bye unfriend terus," kata seorang netizen.

#Kontroversi #Model #Ahya Rosli #Mandi Bunga