HIBURAN
Seronok Dengar Cerita Rakan Artis Dah Berkeluarga, Hun Haqeem Luah Rasa Nak Kahwin - “Itu Satu Perkara Yang…”
Pelakon Hun Haqeem meluahkan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga selepas melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh rakan-rakan seperjuangan di set penggambaran.
Hun atau nama sebenarnya, Haqem Hermy, 27, mengakui setiap kali berada di set penggambaran, dia selalu terfikir tentang kahwin apabila melihat rakan-rakan pelakon yang sudah berkeluarga seronok bercerita mengenai anak dan kehidupan rumah tangga mereka.
“Untuk saya, bila digandingkan dan bekerjasama dengan Abang Ashraf Muslim, Mira Filzah dan Ayda Jebat yang sudah berkeluarga, ia merupakan satu pengalaman yang membuka mata.
Hun atau nama sebenarnya, Haqem Hermy, 27, mengakui setiap kali berada di set penggambaran, dia selalu terfikir tentang kahwin apabila melihat rakan-rakan pelakon yang sudah berkeluarga seronok bercerita mengenai anak dan kehidupan rumah tangga mereka.
“Untuk saya, bila digandingkan dan bekerjasama dengan Abang Ashraf Muslim, Mira Filzah dan Ayda Jebat yang sudah berkeluarga, ia merupakan satu pengalaman yang membuka mata.
“Kadang-kadang saya berada di set, hari-hari saya cakap saya nak kahwin sebab tengok mereka semuanya nampak gembira.
“Mereka bercerita tentang anak-anak, tentang kehidupan rumah tangga, dan saya rasa itu satu perkara yang indah,” katanya kepada Gempak.
Hun Haqeem berkata demikian ketika menghadiri Majlis Sidang Media ‘Thariq Ridzuwan: His Treasure’ & ‘Mandul Bukan Pilihan’ yang berlangsung di TGV Cinemas, Suria KLCC pada Khamis.
Pada masa sama, aktor yang terkenal dengan drama Honey Minta Maaf berkata perkahwinan bukan sekadar tentang manisnya cinta, tetapi juga melibatkan cabaran dan susah payah yang akhirnya memberi makna lebih mendalam dalam kehidupan.
“Secara jujurnya, itulah keindahan sebenar. Saya rasa saya nak berkahwin. Generasi baru perlu rasa keindahan itu.
“Ia bukan hanya tentang kemanisan, tetapi kesusahan yang datang bersama pun sebenarnya adalah sesuatu yang sangat indah,” kongsinya.
Dalam pada itu, Hun juga berkongsi pengalamannya berlakon dalam Mandul Bukan Pilihan.
Kata aktor tersebut, dia tidak mempunyai masalah sepanjang menjayakan naskhah ini kerana dikelilingi pelakon hebat di set penggambaran.
Meskipun pelakon gandingannya sudah berumah tangga, Hun menjelaskan bahawa dia tidak berasa kekok, malah menekankan pentingnya sikap profesional dalam menjayakan watak masing-masing.
“Sudah tentu kita ada batasan dalam lakonan dan Alhamdulillah kita ada abang Osman Ali sebagai pengarah di set jadi kami serahkan kepadanya bagaimana mahu menggarap cerita ini. Kita sebagai pelakon kena sedar ruang dan waktu, jadi kita kena profesional di set.
“Jadi saya diberikan bergandingan dengan pelakon profesional dan saya merasakan barisan pelakon dalam drama ini sangat hebat, di mana masing-masing tahu kerja masing-masing dan kita tahu mereka juga ada magis sendiri. Itu sebab masing-masing ada nama yang dikenali.
“Bekerjasama dengan mereka, adalah pengalaman yang berharga,” katanya.
Drama Mandul Bukan Pilihan mengangkat isu kesuburan dalam kalangan wanita dan bagaimana sebuah perkahwinan itu diuji dengan kehadiran orang ketiga. Drama ini akan mula menemui penonton bermula 14 Julai ini di Astro Ria.