Laman Utama
Seronok Ke Kahwin? Netizen Kongsi Kerisauan Berumah Tangga - “Banyak Benda Fikir Sebenarnya”
Perkahwinan sememangnya satu perkara yang sangat dinanti-nantikan oleh pasangan yang sedang bercinta.
Namun begitu, perkahwinan bukanlah satu perkara mudah kerana ia memerlukan pasangan untuk sentiasa menjalankan tanggungjawab dan bekerjasama untuk memastikan hubungan antara satu sama lain sentiasa harmoni.
BERITA TRENDING: Niat Nak Tengok Coldplay, Netizen Berputih Mata Ditipu Scammer Beli Tiket Last Minute
Oleh itu, seorang pengguna Platform X bertanyakan warganet tentang kerisauan-kerisauan yang membelenggu ramai pihak apabila memikirkan tentang perkahwinan.“Apa yang anda risau bila fikir tentang kahwin,” tulis individu tersebut.
Susulan hantaran tersebut, majoriti netizen berkongsi tentang kerisauan mendirikan rumah tangga serta cabaran yang dialami selepas berkahwin.Apa yang anda risau bila fikir tentang kahwin?— ???? (@localrkyt) November 21, 2023
Sekadar info, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan pada November 2022, sebanyak 43,934 kes penceraian dilaporkan pada 2021 dan daripada jumlah itu, lebih 23,000 kes melibatkan pasangan muda.
Must-Watch Video