Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Seronok Tengok Gurauan Halal Suami Isteri" - Aksi Romantis DS Nur Shahida Kendong DS Aliff Syukri Cuit Hati Netizen

Hanafis Haris
02/04/2019 09:52 MYT
"You ingat i tak kuat ke," itu reaksi spontan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid apabila cuba mengendong Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagramnya.

Video berkenaan dimuat naik ketika mereka sekeluarga bercuti di Kampung Janda Baik, Pahang baru-baru ini.

Menerusi posting berkenaan, Datin Seri Nur Shahida menjelaskan tahap kesihatan suaminya itu masih lagi belum di tahap baik.

"Disebabkan itu saya lah yang pikul tanggungjawab mengendong suami sebab nak juga ada feeling romantik di situ," katanya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on


Rata-rata netizen memuji gelagat mereka berdua yang disifatkan sangat romantis. 

"Seronok tengok bergurau halal suami isteri ini," kata netizen.

"First time tengok datin romantik, sweet dan comel," kata seorang lagi netizen.



"MasyaAllah kuatnya datin," kata pengikut wanitanya.

"Seronoknya dapat couple macam ni," ujar seorang lagi pengikutnya.
#Viral #Viral #Dherbs #Datin #Romantik #Alif Syukri