Seronoknya Anzalna Main Ski Di Finland!

Amri Hassan
Disember 28, 2017 04:27 MYT
Menjadi rutin tahunan pelakon Anzalna Nasir akan meluangkan waktu cuti hujung tahun untuk bercuti bersama keluarganya.
Jika tahun lalu Anzalna ke Eropah untuk bercuti bersama keluarganya, tahun ini giliran percutian bersama keluarga suaminya, Hanif Zaki pula.
Seawal 18 Disember lalu lagi Anzalna terbang ke Helsinki, Finland untuk menikmati keindahan alam semula jadi dan melakukan beberapa aktiviti menarik di sana termasuk bermain ski.
"Berbelanja untuk barangan mewah tidak akan menjanjikan kegembiraan berpanjangan tetapi anda tidak akan merasai kenikmatan melainkan melancong dan menerokai negara asing seperti ini," tulisnya di Instagram.
Anzalna bakal meraikan sambutan tahun baru di negara tersebut dan bakal kembali ke Malaysia pada awal tahun 2018.
Apakata sama-sama kita layan gambar-gambar dan video menarik Anzalna bermain ski dengan suhu negatif 20 darjah celsius.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @anzalnanasir88
#pelakon #Anzalna Nasir #Pelakon #Finland