Hiburan

Seronoknya #dontrushchallenge! Yuna, Bekas Bintang Akademi Fantasia, Kru AirAsia & Makeup Artist Pun Turut Sama!

gempak
Badrul Hashim
22/04/2020
02:00 MYT
Sponsor Banner
Seronoknya #dontrushchallenge! Yuna, Bekas Bintang Akademi Fantasia, Kru AirAsia & Makeup Artist Pun Turut Sama!
Media sosial terutamanya Instagram kini sedang dihantui dengan cabaran baru. Selain TikTok, #dontrushchallenge juga menjadi keseronokan ketika berada di rumah.
Nampak mudah, tapi ianya memerlukan masa untuk menyiapkannya kerana setiap yang terlibat perlu bermula dari wajah polos sebelum dihias dengan solekan.
Kali ini kami kongsikan empat buah video #dontrushchallenge yang dilakukan oleh Yuna, bekas-bekas bintang Akademi Fantasia, kru penerbangan AirAsia dan tidak ketinggalan juru mekap kepada artis.
Yuna membuat #dontrushchallenge bersama anggota band wanitanya yang bersama dalam Rouge Tour.
Versi bintang-bintang Akademi Fantasia dari pelbagai musim menggabungkan bintang-bintang lelaki dan wanita.
Kru kabin penerbangan AirAsia juga tidak ketinggalan untuk melakukan @dontrushchallenge sesama mereka.
Paling kelakar dan vogue apabila jurumekap-jurumekap artis tempatan turut sama 'memasang wajah' untuk cabaran ini.
#dontrushchallenge adalah satu bentuk hiburan sekadar menghilangkan kebosanan bila berada di rumah. Cabaran tersebut seolah membuatkan masing-masing saling sahut-menyahut untuk menyiapkan diri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024