Pelakon Aprena Manrose bersyukur kerana hasil kerja kerasnya selama ini dia dapat memiliki sebuah kereta idamannya, Proton X70.

Aprena berkongsi foto bersama kereta tersebut di laman Instagram (IG) miliknya semalam.

Menerusi entri tersebut, Aprena kelihatan teruja dan gembira dengan kejayaan dirinya yang baru sahaja memiliki kereta sendiri.

"Alhamdulillah..hasil selama bekerja keras dan doa dari keluarga.

"Finally, I've own car. Terima kasih ya Allah.

"Seronoknya kalau arwah mama masih ada, boleh bawak dia jalan-jalan dengan kereta baru.

"Sesiapa di luar sana yang nak dapatkan kereta dengan sepantas kilat dan mudah tanpa pening kepala, you guys kena contact @adynawari!

"Thank you so much abang tolong B from A to Z. Semoga rezeki abang bertambah! Amin," tulisnya.

Entri tersebut dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis serta peminatnya yang turut berbangga dengan kejayaan pelakon tersebut.

Aprena mula aktif di industri hiburan pada tahun 2013 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Alhamdulillah.. hasil selama bekerja keras dan doa dari keluarga. Finally, I’ve my own car. Terima kasih ya Allah. Seronoknya kalau arwah mama masih ada, boleh bawak dia jalan-jalan dengan kereta baru. Sesiapa diluar sana yang nak dapatkan kereta dengan sepantas kilat dan mudah tanpa pening kepala, you guys kena contact @adynawari ! Thank you so much abang tolong B from A to Z. Semoga rezeki abang bertambah! Amin ??? #blessed

A post shared by WAN SYAHERA PUTRI APRENA (@mrsaprenamanrose) on