Pelakon Nabila Huda pernah melalui episod duka dalam hidupnya bila dikaitkan dengan ayahnya, Raja Rock Negara, Amy Search.

Namun perkara tersebut sudah menjadi lipatan sejarah, dan keakraban keluarga mereka kini menjadi lebih erat dan penuh kasih sayang.

Walaupun baru kehilangan nenek tercinta, Nabila terus bangun untuk lebih rapat bersama keluarga yang ada.


Baca: "Berseri-Seri Muka Orang Sebelah Tu, Akhirnya Dapat Jugak Jumpa..." - Nabila Huda Jumpa Keluarga Selepas 49 Hari


Baca: "Perkara Yang Paling Takut Dalam Hidup Terjadi .." - Nenek Nabila Huda Meninggal Dunia


Baca: Sebaknya Bila Nabila Huda Cakap “Mummy Tahu, Cara Mummy Besarkan Keisha Tak Macam Mak Orang Lain...”

Pada satu entri di Instagramnya, Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil berkongsi satu video pendek dia bersama bapanya.

"Sesi menyerahkan pokok buah favourite saya, passion fruit tree! Thank you papa. Tersenyum simpul je tengok pokok ni kat balcony.Senyuman Dia sama macam bila makan ikan masin Sedap dalam Dunia tu.



"Tengok la muka punya seronok dapat pokok macam dapat kereta tau. When we grow older kita Memang excited dapat hadiah benda-benda gini ek?" tulis Abil yang tahu ada perkara yang lebih penting dan menyeronokkan daripada sekadar harta benda.

Sesi menyerahkan pokok buah favourite saya, passion fruit tree!!!! Thank you papa..Tersenyum simpul je tengok pokok ni kat balcony.Senyuman Dia sama macam bila makan ikan masin Sedap dalam Dunia tu..haha!Tengok la muka punya seronok dapat pokok macam dapat kereta tau. When we grow older kite Memang excited dapat hadiah benda-benda gini ek? ??? @akuamysearch @qasander @kidweebee

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on


Nabila Huda adalah antara pelakon dan selebriti tanah air yang sering berkongsi rasa gembira, sedih, soal kerja dan keluarganya bersama-sama peminat di laman sosial.

Perkara tersebut mendekatkan lagi dirinya dengan peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan karier dan kehidupannya.