Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sertai Kelas ‘Muay Thai’, Yusof Bahrin Akui Pelakon Perlu Ada Seni Asas Pertahankan Diri - “Kalau Nak Masuk Set Baru Nak Belajar Memang...”

Asyraf Roslan
07/09/2024 12:55 MYT
Pelakon, Yusuf Bahrin bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh aktor senior, Ruzaidi Abdul Rahman yang mengatakan pelakon seharusnya mempunyai seni asas mempertahankan diri jika mahu berlakon dalam filem aksi.

Ada Asas

Menurut Yusof, pelakon yang mempunyai asas mempertahankan diri akan menjadikan babak berlawan itu nampak lebih menyakinkan dan cantik.

“Saya setuju, kalau kita tengok rata-rata terutamanya Eman Manan, Ruzaidi Abdul Rahman, Beto Kyusairi, dan Datuk Adi Putra mereka ni ada asas pertarungan jadi bila kita berlakon satu set dengan mereka, babak itu jadi cantik.

“Perlu ada asas. Macam saya pun, saya tengah belajar Muay Thai, Silat untuk saya membuat persediaan, jadi bila masuk set kita dah bersedia dan tak nampak cacat,” ujar Yusof kepada Gempak semasa sesi temu bual drama Uncle Bos Mama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Rasa Dia Boleh Buat, Tapi Bila Masuk Set…”- Zul Ariffin Sependapat Dengan Ruzaidi, Pelakon Baharu Perlu Ada Asas Pertarungan

ARTIKEL BERKAITAN: "Badan Cantik, Muka Handsome Tapi Tak Boleh Berlawan" - Ruzaidi Masih Belum Nampak Pelapis Filem Aksi

ARTIKEL BERKAITAN: Akui Hero Lama Sukar Dapat Watak Utama, Ruzaidi Abdul Rahman Anggap Tahap Kesihatan Jadi Faktor - “Kalau Nak Tahu, Saya Seorang Yang Protes…”


Yusof yang popular dengan drama Sweet Dreams juga mendedahkan dia pernah ditegur oleh seorang pelakon ketika melakonkan babak aksi tanpa sebarang seni asas mempertahankan diri.

Perlu Mendalami


Pada masa yang sama, Yusuf turut mengingatkan kepada pelakon baharu perlu mendalami seni asas mempertahankan diri sebelum memasuki set penggambaran.

“Kita semua kena ada asas untuk buat babak aksi, kalau dapat naskah baru nak ambil memang tak sempat.

“Saya pernah ada pengalaman berbuat demikian, bila di set saya tengok skill pelakon lain lebih hebat berbanding saya sedangkan saya yang lead cerita itu,” tambah Yusuf.

Suami kepada penyanyi Zizi Kirana ini juga menyatakan bahawa asas pertarungan ini tidak boleh ditipu menggunakan teknik camera.

Terdahulu, pelakon, Ruzaidi Abdul Rahman menyatakan bahawa Malaysia kurang mempunyai pelapis filem aksi dan dipersetujui oleh Zul Ariffin.

#Yusuf Bahrin #Muay Thai #Seni Asas Pertahankan Diri