Hiburan

Akui Hero Lama Sukar Dapat Watak Utama, Ruzaidi Abdul Rahman Anggap Tahap Kesihatan Jadi Faktor - “Kalau Nak Tahu, Saya Seorang Yang Protes…”

gempak
Asyraf Roslan
23/08/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
Akui Hero Lama Sukar Dapat Watak Utama, Ruzaidi Abdul Rahman Anggap Tahap Kesihatan Jadi Faktor - “Kalau Nak Tahu, Saya Seorang Yang Protes…”
Aktor, Ruzaidi Abdul Rahman berpendapat pelakon lama kurang diberi peluang untuk memegang watak utama bukan disebabkan produksi tidak mahukan mereka sebaliknya karakter yang ditawarkan tidak bersesuaian atas faktor kesihatan lebih-lebih lagi untuk filem aksi.

Jaga kesihatan

Menurutnya, berbeza dengan pelakon luar negara seperti di Hollywood, semakin berusia semakin banyak peluang yang datang kerana mereka benar-benar menjaga kesihatan sebaiknya.
Oleh itu, apabila diberikan kepercayaan untuk memerankan watak sebagai hero dalam sesebuah filem, artis seni bela diri negara ini sangat gembira.

“Seronok sebenarnya, mungkin Insya-Allah akan ada lebih banyak peluang yang mahukan saya sebagai hero lagi.

“Dah ada yang telefon mahukan saya sebagai hero, paling tidak pun second lead, tapi kalau filem saya satu hari nanti pastinya saya hero.

“Kalau nak tahu, saya seorang yang protes dalam industri perfileman, sebenarnya kurang watak untuk kami yang berumur ini untuk menjadi hero, namun kita tak boleh nak salahkan industri.

“Kalau dekat Hollywood, usia bukanlah satu pengukur kejayaan tapi tahap kesihatan mereka sendiri, cuba kita lihat seperti Harrson ford, Mel Gibson, Jackie Chan mereka masih lagi boleh memengang watak utama kerana mereka ini fit (menjaga kesihatan),” katanya kepada Gempak.

Ruzaidi ditemui selepas malam gala tayangan filem Pungut di Golden Screen Cinemas (GSC) Mid Valley.

Hanya Lontar Dialog

Pada masa sama, Ruzaidi juga berkata disebabkan atas faktor kesihatan, hero Malaysia dari generasi lama sudah tidak ramai dan yang tinggal hanya dirinya dan pelakon Eman Manan sahaja.
Baginya, untuk menjadi hero terutama dalam filem aksi, tidak hanya sekadar peranan utama itu perlu melontar dialog sahaja tetapi perlu dalam keadaan cergas.
“Tidak ada hero tua, yang ada hanya dua orang iaitu Eman Manan dan saya sahaja.
“Yang lain tiada sebab tidak fit atas faktor kesihatan, kalau kita sihat kita boleh mempamerkan apa yang dikehendaki oleh skrip itu, tak akan kita hanya mahu melontar dialog dengan mimik garang sahaja,” tambahnya.
Selain Ruzaidi, turut menjayakan filem itu adalah Aman Graseka, Fad Anuar, Megat Sharizal, dan Siti Julia.
Filem Pungut arahan Areel Abu Bakar akan mula menemui peminat pada 29 Ogos 2024.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live