Laman Utama

"Sesekali Dia Ada Buka Mata Tapi..." - Paru-Paru Semakin Baik, Shaharulezad Syukur Dengan Perkembangan Nad Zainal

gempak
Syafiqah Jalal
27/11/2022
22:34 MYT
Sponsor Banner
"Sesekali Dia Ada Buka Mata Tapi..." - Paru-Paru Semakin Baik, Shaharulezad Syukur Dengan Perkembangan Nad Zainal
Pengarah Shaharulezad bersyukur kerana perkembangan kesihatan pelakon Nad Zainal kini semakin baik malah sudah mula membukakan matanya.
Kata Shaharulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat keadaan paru-paru Nad atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal juga semakin pulih.
"Sesekali ada dia buka mata tapi selepas itu dia tidur balik. Tak lama tapi masih perkembangan yang bagus.
"Alhamdullilah. Segala puji bagi Allah atas ehsan dan rahmatNya keadaan Nad semakin baik berbanding semalam.
"Kadar kebergantungan dia pada mesin oksigen semakin berkurangan. Luka luka di paru parunya semakin pulih.
"Paru paru dah mula berfungsi dengan lebih bagus. Cuma doktor tak mahu memaksa sangat. Sekali sekala ada juga Nanad membuka matanya dan tidur semula," katanya kepada Astro Gempak.
Budak Ijat yang juga pengarah drama Cina Buta itu memaklumkan keadaan terkini Nad menerusi kiriman mesej di aplikasi Whatsapp.
Dalam pada itu Ijat juga memaklumkan dos ubat-ubatan yang diberikan pun sudah dikurangkan kerana Nad semakin stabil.
"Sebahagian ubat ubatan juga ada yang telah mula dikurangkan dosnya dan ada juga diberhentikan bila melihat keadaan Nad yang semakin stabil.
"Syukur tak terhingga. Terima kasih Allah yang telah mengabulkan doa kita semua. Saya harap kita akan terus berdoa," maklumnya lagi.
Sementara itu, Ijat memberitahu pelakon Fasha Sandha dan kru drama Dendam Seorang Isteri bakal mengadakan solat hajat dan doa selamat buat Nad di Masjid Al- Mustaqim, Kalan Ampang Putra selepas solat Magrib pada Isnin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024