Laman Utama

Sesi Teh Tarik, Lawan Goreng Gitar Tengku Zafrul & TPM Singapura Curi Perhatian Ramai! Wah Siap Ada Makan-Makan Juadah Tradisional Negeri Sembilan

Amri Hassan
05/09/2022
11:25 MYT
Aksi santai dan bersahaja Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz di kediamannya bersama Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong pada Ahad lalu mencuri perhatian ramai.
Bukan sahaja ‘layan’ minum teh tarik bersama, malah kedua-duanya sempat berlawan goreng gitar dan menjamu hidangan tradisional Negeri Sembilan.
Menerusi kemaskini terbaharu di Facebook, Wong berkongsi momen menarik beliau bersama Tengku Zafrul yang sempat diluangkan ketika lawatan kerja empat hari hingga Rabu ini.
“Inilah yang berlaku apabila Menteri Kewangan Singapura dan Malaysia melepak bersama. Kami boleh memainkan muzik, dengan gitar yang dibuat di kedua-dua negara (saya bermain yang buatan Malaysia dan dia bermain gitar dari Singapura)” ujar Wong.
Dalam pada itu, Wong sempat berkongsi beberapa foto yang menampakkan dekorasi serba elegan rumah Tengku Zafrul yang dihiasi lukisan-lukisan menarik, menggambarkan keunikan Malaysia.
Wong pada masa sama turut berterima kasih Tengku Zafrul dan isteri, Raja Datin Seri Johanna Adrina Raja Arshad atas kesudian mengundang beliau ke kediaman mereka.
“Terima kasih Tengku Zafrul atas layanan mesra anda dan isteri,makan malamnya sangat baik dan begitu juga teh tarik,” tambahnya.
Manakala dalam sesi minum teh tarik itu, dedah Zafrul banyak topik berat yang telah dibincangkan bersama.
"Memang banyak topik berat yang dibincangkan bersama TYT Lawrence Wong malam tadi.
"Tapi kalau semua topik berat, boringlah kan? So, antara topik ringan yang dibincangkan ialah; mana tempat paling best nak pekena teh tarik?" tulis Zafrul.

Juadah tradisional Negeri Sembilan

Pada pertemuan malam santai itu juga Wong dan isteri, Loo Tze Lui turut dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan tradisional dari Negeri Sembilan yang dimasak sendiri oleh keluarga Raja Datin Seri Johanna Adrina.
Antaranya kerbau kering, rendang ayam, rendang terung terunjuk, tempe goreng, sambal udang petai, ikan kicap, sambal daun kayu dan banyak lagi.

Diplomasi teh tarik

Diplomasi teh tarik bermula apabila Lawrence Wong dan Tengku Zafrul saling berbalas komen di laman Facebook pada 4 September lalu.
“Seronoknya menikmati secawan teh tarik semasa bekerja. Malah, saya akan ke Malaysia tidak lama lagi dan tidak sabar untuk bertemu rakan sejawat saya, dan juga menikmati secawan teh tarik di sana. Jumpa tidak lama lagi,” kata Wong sambil menunjukkan minatnya terhadap minuman teh tarik di Malaysia.
Hantaran itu seterusnya mendapat perhatian Tengku Zafrul dan seterusnya mengalukan kedatangan Lawrence Wong ke Malaysia.
“Hai Lawrence, saya tunggu awak dengan teh tarik Malaysia. Sekali cuba mesti mahu lagi.” Balas Tengku Zafrul menerusi hantaran video kepada Lawrence Wong.
Baik di hantaran media sosial Tengku Zafrul mahupun Wong sendiri, warganet kedua-dua negara jiran saling berbalas rasa teruja dan optimis dengan muafakat yang terjalin.
Ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan republik itu pada Jun 2022.
Sumber – Malaymail, Bernama, IG Tengku Zafrul, FB Lawrence Wong
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

8 Kawasan Di Malaysia Catat Cuaca Panas Di Tahap Berjaga-Jaga

gempak
26/07/2024
05:55 MYT
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di lapan kawasan di Semenanjung hari ini.
Hiburan

Malaysia Jadi Tuan Rumah BEYBLADE X SEA Cup 2024, Layan Juga Siri BEYBLADE X Di Astro Ceria!

gempak
25/07/2024
17:55 MYT
Para peminat permainan gasing moden dari Jepun, BEYBLADE, dari seluruh Asia Tenggara berkumpul bagi menyaksikan pelancaran BEYBLADE X Southeast Asia Cup (SEA Cup) 2024 baru-baru ini.
Hiburan

THE BOYZ Singgah Berkonsert Di Malaysia September Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai!

gempak
25/07/2024
16:55 MYT
Penantian bakal berakhir untuk peminat- peminat K-Pop selepas penganjur konsert Star Planet mengumumkan kedatangan kumpulan bintang idola K-Pop, The Boyz ke Malaysia buat kali pertama.
Viral

Tak Sampai 15 Saat, Kos Hukuman Gantung Di Malaysia Mahal - “Macam Tak Berbaloi…”

gempak
24/07/2024
12:55 MYT
Seorang pengguna di aplikasi X berkongsi kos hukuman gantung pesalah di Malaysia yang didakwa mencecah RM1,975 seorang.
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

gempak
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.