Sudah tentu setiap ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak-anak… terutama yang pertama kali menjadi ibu bapa dan mahu mencari barang-barang keperluan bayi yang terbaik.

Bagi memudahkan pergerakan anak kecil, penggunaan kereta sorong bayi atau stroller antara keperluan penting untuk ibu bapa moden terutamanya apabila berada di pusat membeli-belah.

Stroller membantu menyediakan kemudahan dan keselesaan bergerak terbaik untuk bayi.

Menariknya, jenama MOVON tampil dengan rangkaian produk yang direka untuk memudahkan kehidupan ibu bapa selain ia mampu milik.

Rangkaian tersebut termasuk TravelMate, kereta sorong bayi boleh lipat paling tipis dalam kategorinya; StrollMate, kereta sorong bayi yang boleh diterbalikkan dengan mudah; dan MoveMate, kerusi kereta berputar 360 darjah serba boleh.

Menariknya lagi, pada majlis pelancaran rangkaian tersebut yang berlangsung di Pavilion, Bukit Jalil pada Jumaat, MOVON telah melancarkan pelan penyewaan yang inovatif, memperkasakan ibu bapa dengan fleksibiliti kewangan yang lebih luas.

Pada majlis itu juga, MOVON bekerjasama dengan penyampai berita, pengacara TV dan ibu selebriti yang dihormati, Siow Hui Mei untuk menunjukkan komitmennya terhadap keperluan dan gaya hidup ibu bapa.



Pelakon terkenal Emma Maembong turut memeriahkan majlis tersebut dan mengakui dia sebagai pengguna kereta sorong bayi jenama MOVON sangat berpuas hati dengan keselesaan dan kemudahan produk tersebut.

“Saya pilih MOVON sebab ia jenama local… sebagai ibu bapa, saya juga faham kesusahan pertama kali menjadi ibu bapa nak cari stroller. Setiap kali saya buat reviu fasal stroller, saya post saja dan baca komen bestnya, tapi mahal, tak mampu milik.

“Bila MOVON perkenalkan pelan bayaran ansuran, bermula dengan bayar RM60 sahaja bulan-bulan. Sayang kalau masyarakat tak tahu tentang MOVON ini. Jadi, saya nak semua orang tahu adanya jenama yang awesome, gempak, memang semua mak-mak tengok rasa nak dan ia mampu milik.

“Tiada lagi orang cakap hanya golongan tertentu sahaja mampu… kali ini produk MOVON memang semua orang mampu milik. Bagi saya, produk ini memang sangat bagus sebab saya sendiri menggunakannya,” katanya kepada Gempak.

Pelancaran MOVON memperkenalkan TravelMate, StrollMate dan MoveMate.

TravelMate
  1. Kereta sorong bayi boleh lipat pertama di Malaysia yang disepadukan ke dalam beg pakaian lipat.
  2. Kereta sorong yang inovatif ini menawarkan gabungan fungsi dan kemudahan yang belum pernah wujud di pasaran sebelum ini.
  3. Cangkerang keras pelindungnya memastikan tempat duduk bayi kekal bersih dan bebas daripada sentuhan bakteria.
  4. Tidak seperti kereta sorong lain, MOVON TravelMate, apabila dilipat, melindungi kusyen daripada kotoran. Profil tipisnya dengan ketebalan 19cm juga memudahkan penyimpanan di rumah atau di dalam kenderaan.


StrollMate
  1. Dilengkapi dengan empat posisi baring boleh laras yang berbeza dari sudut duduk hingga baring, StrollMate memenuhi keperluan bayi berumur 0-36 bulan.
  2. Reka bentuknya yang inovatif dan ciri keprihatinan melebihi jangkaan, memberikan pengalaman yang menyeronokkan untuk ibu bapa dan bayi.

MoveMate
  1. Tempat duduk kereta canggih ini memudahkan peralihan yang lancar daripada kerusi kereta bayi kepada kerusi kereta kanak-kanak, dengan selesa menempatkan kanak-kanak dari peringkat bayi sehingga 12 tahun.
  2. Kepelbagaian dan kebolehsuaiannya menjadikannya pilihan yang sempurna untuk keluarga yang sedang berkembang.
  3. Ciri pusingan mudah 360° MoveMate membolehkan penukaran mudah antara kedudukan menghadap belakang dan hadapan.
  4. Ibu bapa boleh memusingkan tempat duduk dengan mudah ke arah pintu kereta yang terbuka, memudahkan proses memegang anak mereka dan memastikan pengalaman tanpa kerumitan.


Selaras dengan perkembangan ini, MOVON juga dengan bangganya mengumumkan pembukaan galeri dan pusat penjagaan premier di Pavilion Bukit Jalil, menetapkan standard baharu dalam pengalaman dan kemudahan pelanggan.



Untuk meraikan debut siri MOVON baharu, jenama tersebut juga telah mengumumkan promosi eksklusif untuk ibu bapa di mana dari 7 hingga 9 Julai 2023, pelanggan boleh membeli tempat duduk kereta bayi dan kanak-kanak MoveMate pada harga diskaun luar biasa, iaitu RM777, kurang daripada harga asalnya, iaitu RM2,000, sementara stok masih ada.

Selain daripada itu, MOVON menawarkan peluang kepada setiap pelanggan dalam kedai untuk menyertai cabutan bertuah, dengan berpotensi untuk memenangi hadiah termasuk perkhidmatan pembersihan percuma bernilai RM80 atau beg taska yang bergaya.

Bukan itu sahaja, Pelan Perkhidmatan Pakar MOVON turut diperkenalkan dan ia merupakan sokongan profesional untuk perkhidmatan penyelenggaraan, pembersihan dan perlindungan untuk stroller bayi dan car seat oleh profesional berkualiti tinggi.

Untuk maklumat lanjut tentang MOVON dan siri inovatif penyelesaian pengangkutan bayi dan kanak-kanak, sila layari www.movon.com.my.

Anda juga boleh datang terus ke MOVON Gallery, Lot 5.64.00 Pink Zone, Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.