Laman Utama

Setahun Bermasalah, Penyanyi Rap Madrizal Sah Bercerai Talak Satu, Masih Kekal Hubungan Baik Dengan Isteri

Mya Amri
11/07/2023
06:25 MYT
Penyanyi rap, Madrizal sah bercerai talak satu dengan isterinya iaitu Norfazilah Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, Selangor pada Selasa.
Madrizal atau nama sebenarnya, Mohammad Rizai Shah Abdul Jayalani telah melafazkan cerai kepada Nurfazilah Mohd Ali di luar Mahkamah dan lafaz tersebut telah disahkan oleh Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ampang, Selangor, Puan Maryam Jameelah Ali Sabri.
Madrizal dan isteri mengambil keputusan tersebut atas alasan tidak ada lagi wujud persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.
Dalam pada itu, Madrizal berkata, bahawa penceraian adalah jalan terbaik untuk mereka.
“Kami telah cuba yang terbaik untuk berdamai tetapi masih tidak okay. Akhir sekali kami berbincang dan buat keputusan untuk bercerai.
“Tadi kami dah sah bercerai dengan talak satu,” katanya ketika ditemui Gempak.
Mengulas lebih lanjut, Madfaizal berkata salah faham antara mereka telah terjadi sejak setahun lalu.
Ditanya mengenai hak penjagaan anak, Norfazilah, 38, memberitahu bekas suaminya itu boleh datang bila-bila sahaja dan tiada apa-apa syarat dikenakan.
“Dia boleh datang sahaja bila-bila nak tengok anak, tiada sekatan apa-apa kita telah berbincang dengan baik,” ujarnya.
Untuk rekod, pasangan ini telah berkahwin pada 20 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Leylla Sha Qasandra, berusia satu tahun.
Madrizal yang juga anak didik Cat Farish mula terbabit dalam nyanyian pada 2015, dia dikenali dengan lagu Budak Baru Nak Up serta beberapa lagu lain antaranya Sembang, Potong Tang Corner, Celup dan Besar Kepala.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dakwaan Harith Iskander Berlaku Curang, Bekas Isteri Pilih Untuk ‘Tutup Buku’ - “Apa Yang Penting, Kami Memaafkan Antara Satu Sama Lain”

gempak
25/07/2024
06:25 MYT
Susulan pengakuan pelawak Harith Iskander yang mengakui rumah tangga retak akibat kesilapan sendiri mengundang pelbagai spekulasi netizen yang ada antaranya mendakwa ia kemungkinan melibatkan kecurangan.
Hiburan

Perceraian Jalan Terakhir, Harith Iskander & Bekas Isteri Sudah Cuba Pelbagai Cara Untuk Selamatkan Rumah Tangga - “Ketika Melafazkan Talak, Sudah Pastinya…”

gempak
25/07/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander memberitahu dia dan bekas isterinya iaitu Dr Jezamine Lim sudah melakukan pelbagai cara untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.
Hiburan

Harith Iskander Sah Cerai Talak Satu, Tetap Jalinkan Hubungan Baik Dengan Bekas Isteri - “Punca Dia, Biasalah Tiada Persefahaman…”

gempak
25/07/2024
04:44 MYT
Rumah tangga Harith Iskander dan Dr Jazemine Lim yang dibina selama 14 tahun berakhir dengan perceraian selepas pelawak itu melafazkan cerai talak satu.
Hiburan

Harith Iskander & Isteri Tetap Tenang, Hadir Untuk Prosiding Kes Perceraian

gempak
25/07/2024
04:08 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander hadir bersama isterinya, Dr Jazmine Lim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pukul 11.50 pagi Khamis untuk prosiding sebutan kes perceraiannya.
Hiburan

Ananda Natasha Akan Bongkar Bukti Curang Jika Keluarga Andika Putera Masuk Campur - "Saya Tak Pernah Beritahu Kenapa Kami Bercerai"

gempak
24/07/2024
09:25 MYT
Personaliti media dan juga bekas isteri kepada pempengaruh Andika Putera, Ananda Natasha menyatakan bahawa dirinya akan membuat pendedahan berkaitan perselingkuhan bekas suaminya sekiranya terlalu banyak campur tangan daripada pihak keluarga sebelah lelaki.