“Setahun Lebih Aku Lawan Dengan Diri Sendiri”- Nonny Nadhirah Alami Tekanan Perasaan?

Syafiqah Jalal
Julai 22, 2019 09:44 MYT
Pelakon Nonny Nadhirah akui mengalami tekanan perasaan lebih setahun yang lalu.
Nonny mendedahkan selama ini dia hanya berpura-pura gembira di hadapan semua orang, namun hakikatnya hanya dirinya yang memahami segalanya.
Tekanan yang dilalui membuatkan Nonny menghilangkan dirinya daripada semua keluarga dan kenalan termasuk ibunya sendiri.
Nonny mendedahkan perkara itu sempena hari ulang tahun kelahirannya.
Menerusi entri tersebut Nonny turut mengucapkan hari jadi kepada dirinya sendiri.
“Happy belated birthday to me.
“Never lie to your mom, she always finds out. I'm sorry. I love you ma,” tulisnya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang turut prihatin dengan nasibnya.
Rata-rata memberi sokongan terhadapnya supaya lebih kuat menempuh ujian tersebut.
#pelakon #Pelakon #Depresi #Nonny Nadhirah #Tekanan