Laman Utama
Setahun Menduda, Vokalis Azarra Band Kembali Bergelar Suami! - "Tak Semua Bertemu Jodoh Lebih Sekali"
Selepas setahun bergelar duda, vokalis Azarra Band, Ejai Aziz mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan, Nursyahirah Azhar pada Jumaat.
Ejai atau nama penuhnya Mohd Azrizal Mohd Aziz, 35, berharap perkahwinan keduanya itu kekal berpanjangan.
"Alhamdulillah segala puji bagi Allah, dengan sekali lafaz, kami sah diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 9 Disember 2022 bersamaan hari Jumaat lepas.
"Tidak semua orang dilimpahkan nikmat untuk bertemu jodoh lebih daripada sekali. Jadi saya anggap kesempatan kali kedua ini mampu dimanfaatkan sebaik-baiknya.
"Kami baru saja kenal pada tahun lepas. Biarlah orang kata tempoh perkenalan kami singkat, asalkan jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat itu lebih diutamakan," katanya.
Majlis pernikahan dan persandingan pasangan itu berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Kluang, Johor.
Untuk rekod, sebelum ini Ejai pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhamad Amie Rayyan, 6, dan Muhamad Anas Hafiy, 5.