"Setakat Jadi Nenek & Hantu" - Penerbit Pilih Kasih, Dalimawati Dua Bulan Tak Berlakon
Amri Hassan
02/07/2018 09:17 MYT
02/07/2018 09:17 MYT
Pelakon Dalimawati Ismail mendedahkan dia pernah menganggur berbulan-bulan ekoran sikap segelintir penerbit yang pilih kasih.
Kata Dalimawati, kebanyakan produksi sering menampilkan pelakon berusia 40-an untuk melakonkan watak ibu dan terikut-ikut dengan acuan produksi Filipina.
"Sekarang watak emak-emak banyak dimonopoli pelakon berusia 40-an. Habis yang usia seperti kami ini nak jadi apa? Takkan setakat jadi nenek dan hantu saja?
"Kebanyakan penerbit terutama drama rantaian terlalu terikut-ikut dengan drama Filipina yang menampilkan emak-emak muda yang cantik.
"Usia 60-an seperti kami sudah tidak diperlukan, sebab itu ramai artis seperti saya, tiada kerja.
"Macam saya sekarang, sudah dua bulan tiada tawaran datang. Saya tidak ada masalah untuk terima tawaran drama rantaian kerana itu sudah kerja kita sebagai pelakon," katanya.
Ekoran watak hantu dan nenek yang terhad, Dalimawati terpaksa bergantung pada simpanan dan duit belanja daripada anak-anaknya.
"Nasib baik ada simpanan dan anak-anak yang beri duit belanja tiap-tiap bulan.
"Tetapi saya pun tidak mahu mengharapkan mereka sebab masing-masing pun ada keluarga dan tanggungan sendiri," tambahnya yang sudah 30 tahun menjadi pelakon.
Dalimawati meletakkan harapan tinggi untuk filem terbaharunya Hantu Kak Limah yang bakal ditayangkan pada 9 Ogos depan.
Filem trilogi arahan Mamat Khalid itu turut dibintangi Awie, Zul Ariffin, Jue Aziz, Uqasha Senrose dan ramai lagi.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @dalimawati