"Setelah Berjumpa Doktor, Abang Disahkan ..." - Remy Ishak

Amri Hassan
Julai 5, 2018 08:42 MYT
Pelakon Remy Ishak berseloroh dengan peminatnya bahawa dia kini sedang mengandung empat bulan.
Kata Remy, perubahan itu dirasai ekoran sambutan Aidilfitri dan rumah terbuka sejak dua minggu lalu.
"Setelah berjumpa dengan doktor, abang disahkan mengandung 4 bulan ketika menyambut Aidilfitri yang mulia.
"Berikut dipaparkan gambar bukti sebelum dan selepas," tulis Remy.
Perkongsian Remy mendapat reaksi lucu daripada netizen.
Rata-rata netizen tidak menyangka pelakon filem Nur Kasih ini mempunyai sisi humor.
"Mengong la awak ni Remy," tulis aktres cantik Erra Fazira.
"Baby girl ke boy tu? Alahan teruk tak? Hahaha. Ngek tul la," tanya @effzie.
"Siapa yang mengandungkan awak ni?" soal @mawar_asnieyza.
"Tak sangka kelakar juga," tambah pengguna lain.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @remyishak
#pelakon #Viral #Remy Ishak #Pelakon #Viral #Pulang