Hiburan
“Setelah Nampak Isteri Ditidurkan, Potong Perut 7 Lapis…” - Shila Amzah Kongsi Keadaan Ubai
Penyanyi Shila Amzah berkongsi keadaan dirinya dan suami yang juga pempengaruh media sosial iaitu Ubai MZ selepas beberapa hari melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Keadaan Ubai
Shila menerusi laman Instastory berkata suaminya nampak kelihatan penat dan kurang sihat setelah melihat dirinya bertarung nyawa ketika bilik bedah.
“Papa yang nampak penat betul, papa yang tiba-tiba nak demam. Setelah nampak isteri dia ditidurkan, lepas itu potong perut tujuh lapis. Lepas itu, kena jahit setiap lapis.
“Lepas itu kena potong tali pusat Rhea sementara perut saya masih terbuka dan ada urinya di dalam,” kongsi Shila.
Mula Senaman Ringan
Sudah mula melakukan senaman ringan, Shila turut memberitahu dia yang mengalami sakit senggugut disebabkab rahimnya mahu mengecut selepas bersalin.
“Senggugut tak kelakar ya. Tanya kat nurse kenapa masih ada senggugut, rupa-rupanya rahim kita nak mengecut. Dia Macam lagi sakit dari jahitan tu.
“Tapi Alhamdulillah, I’m recovering well. Dah mula jalan-jalan dan lakukan beberapa rengangan. Kena banyak buat breathing exercise nak ketatkan balik muscle perut kita.
“Share la pengalaman czer korang juga, ada tips tak?” tulis Shila di perkongsian di Instagram.
Terdahulu, Shila selamat melahirkan puteri sulungnya yang diberi nama Rhea Akira pada 9 Mei lalui di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM).
Untuk rekod, Shila sah bergelar isteri kepada Ubai pada 5 Ogos 2023.
Shila pernah bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.
BERITA TRENDING: "Nak Beranak, Lepas Beranak Pun Cantik!" - Netizen Puji Kejelitaan Shila Amzah Lalui Proses Bersalin, Nampak Glowing
Must-Watch Video