Filem
"Setengah Jam Tengok Aku Gelak Ja" - Penuh Babak Kelakar, Penonton Suka Layan Filem Saka Nan Sepi
Sejak ditayangkan Khamis lalu, Saka Nan Sepi telah mendapat pujian ramai khususnya peminat filem.
Bahkan, ramai yang menyifatkan karya arahan pengarah Razaisyam Rashid dan Azri Azman berjaya menyuntik elemen komedi sehinggakan penonton tak kering gusi.
Tinjauan Gempak di media sosial juga mendapati ramai yang memberi respon positif.
Saka Nan Sepi menceritakan keluarga Othman (Namron) luangkan masa dengan berkhemah di dalam hutan. Tiba-tiba anaknya Rozi (Mimi Lana) telah dirasuk. Mereka terus mambawa Rozi berjumpa bomoh Tok Kassim (Ayie Hushairi Husa) untuk berubat.
Saka tersebut tertarik dengan Rozi dan memilih untuk tinggal dengan keluarga Othman. Apabila pulang ke rumah, Othman, Zaiton (Sherry Al Hadad), Sufian (Syafiq Kyle) dan Rozi mula nampak kelibat Saka tersebut dan mereka hidup dalam ketakutan.
Sekaligus menyebabkan mereka berempat sentiasa duduk bersama tidak kira ketika makan, tidur serta melakukan aktiviti.
Ketakutan mereka hilang apabila melihatkan Saka itu takut kucing tetapi bersifat lemah lembut dan rajin membantu. Apabila keluarga Othman boleh menerima Saka itu dan memberi nama Girlboy, Tok Kassim kembali untuk mencuri Girlboy (Han Zalini).
Jadi, jangan lupa saksikan Saka Nan Sepi bermula 10 Disember di Astro First, saluran 480 selain pilihan yang lebih fleksibel menerusi strim di Astro GO atau On Demand.
Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.
Must-Watch Video