Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Setia Bersama Walaupun Isteri Sudah ‘Lupa’ Pernah Bernikah Dengan Suami Sendiri, Netizen Kongsi Rasa Sebak – “Thank You Sebab Tunjuk Lelaki Setia Masih Wujud”

Gempak
05/01/2024 00:55 MYT
Sepasang suami isteri ini meraih perhatian wargamaya selepas tular video yang memaparkan kegigihan si suami menjaga dan menguruskan isteri tersayang yang tidak mampu berjalan dan hilang daya penglihatan akibat jangkitan kuman pada otak dua tahun lalu.

Lebih menyedihkan, isterinya juga mengalami masalah daya ingatan dengan kebanyakan memori tersimpan pada minda adalah kenangan pada 2018. Malah, menerusi salah satu video yang dikongsi juga menunjukkan isterinya sudah lupa yang dia pernah berkahwin dengan suaminya. undefined
Menerusi laporan Harian Metro, Asdina Arffin, 32, berkongsi bahawa isterinya, Noor Syamimi Rohim, 33 sebelum ini seorang yang aktif dan jarang sakit, namun kehidupannya berubah sepenuhnya selepas dijangkiti kuman dan memerlukan bantuan untuk menguruskan diri setiap hari.

Menjengah ke ruangan komen video tersebut di TikTok, sifatnya yang bertanggungjawab dalam menjaga isteri mendapat sokongan dan pujian daripada kalangan netizen sehingga ada yang mengatakan Asdina telah membuktikan bahawa suami yang setia masih wujud.

“Aku tak percaya ada lelaki setia tapi adik buat sis buka mata dan pintu hati... masih ada lelaki setia. Sis doa semoga adik tabah dan bahagia ke Jannah.”

“I ingat lelaki macam ni dah pupus...setia dengan isteri walaupun sakit. Thank you sebab tunjuk lelaki setia masih wujud.”

Berita Trending: Kenali Nazrah, Wanita ‘Unik’ Bersuara Lelaki

Sekadar info, setakat artikel ini ditulis video ini telah mendapat sebanyak 116.6 ribu tanda suka dan 2.9 juta tontonan.
#Suami #Setia #Isteri Lupa Pernah Bernikah
;