“Setiap Drama Dia Akan Pi Kacau Rumah Tangga Orang” - Sharnaaz Saran Sekat Pelakon Penyondol Keluar TV
Mya Amri
01/02/2023 01:45 MYT
01/02/2023 01:45 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad berpendapat pelakon yang gemar menganggu rumah tangga dalam kalangan selebriti harus diberikan pengajaran sewajarnya.
Tidak hanya merujuk sebelah pihak, Sharnaaz menerusi hantaran di akaun Insta Stories miliknya menyatakan pelakon yang bersikap buruk seperti itu sepatutnya digam daripada berlakon.
“Setiap drama dia akan pi kacau rumah tangga orang, memang mampus lah.
“Orang macam ini, baik lelaki atau perempuan patut kena ban dari berlakon dan keluar televisyen," coretnya.
Selain Sharnaaz, aktres Nabila Huda turut menyatakan pendapatnya mengenai isu orang ketiga yang sering menjadi pemusnah rumah tangga orang lain.
Terdahulu, Bella mendedahkan seorang heroin drama membuat pengakuan mengatakan dirinya sudah jatuh cinta dengan suaminya, pelakon Aliff Aziz.
Bimbang kejadian lama terjadi lagi, Bella turut memberitahu pelakon wanita itu juga setiap hari menghubungi suaminya.
Tanpa mendedahkan nama, Bella bagaimanapun menasihatkan agar aktres tersebut menjaga maruah sebagai seorang wanita dan berhenti mengganggu suami orang.