,
Laman Utama

Bella Astillah Dedah Ada Heroin Drama Jatuh Cinta Dengan Aliff Aziz - “Dia Kata Dia Bodoh & Tersuka Suami Saya…”

Asyikin Mayudin
30/01/2023
03:50 MYT
Penyanyi Bella Astillah mendedahkan seorang heroin drama membuat pengakuan mengatakan dirinya sudah jatuh cinta dengan pelakon Aliff Aziz.
Bimbang kejadian lama terjadi lagi, Bella turut memberitahu pelakon wanita itu juga setiap hari menghubungi suaminya.
Bimbang Kejadian Lama Berulang
“Dia minta maaf… dia kata dia bodoh dan dia dah tersuka suami saya. Bila kita tengok hari-hari ada miss call dan sebagainya yang saya rasa tidak perlu ya.
“Bella risau kejadian lama berulang kembali,” kata Bella menerusi perkongsian video di akaun TikTok Budiey.
Menurut Bella, dia mengetahui identiti wanita tersebut selepas rakan artisnya memberikan nombor telefon yang sama kepadanya.
Bella turut mengakui dia berasa berang dengan aktres tersebut memandangkan dia sendiri tidak pernah berhubungan dengan pelakon yang berstatus suami orang.
Marah Dengan Heroin Drama
“Pertama sekali, saya tak tahu itu nombor siapa. Bila saya dapatkan nombor daripada seorang la pun rakan artis, dia WhatsApp saya nombor, saya tengok nombor ini sama.
“So, it’s here… jadi, dan saya rasa dia pun sudah tahu dia. Saya cukup marah sebab saya sendiri pernah berlakon dengan suami orang, abang Zamarul Hisyam.
“Saya sejujurnya saya tak pernah berhubungan dengan dia,” jelasnya lagi.
Malah Bella yang kini sedang bertanding dalam program realiti TV itu turut menasihati wanita tersebut agar memilih lelaki bujang berbanding suami orang.
Pilih Lelaki Bujang Bukan Suami Orang
“Dia kata, dia masih baru… no, you’re not new. Awak bukan baru. Lepas ini kalau awak shooting lagi, kalau bujang tak apa you go ahead.
“You nak hari-hari call ke, nak keluar berdua… tak ada siapa akan marah tapi Alhamdulillah Aliff, dia cakap kalau saya tak busy, tak ada latihan, cuba untuk datang set,“ katanya.
Tahun lalu, Bella mendedahkan dia berdepan dengan gangguan sihir atau ilmu hitam sehingga menyebabkan menjejaskan kesihatannya dan keluarga.
Untuk info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun mereka bercerai pada 16 Mei 2019 disebabkan Aliff beberapa kali kantoi curang.
Pasangan itu kemudian rujuk semula dalam tempoh edah. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Mohammad Ayden Adrean, 5, dan Ara Adreanna, 2.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aliff Aziz Minta Pendapat Peminat Untuk Pujuk Wanita Merajuk - “Kalau Mood Merajuk, Anda Nak Apa?”

gempak
24/11/2024
11:55 MYT
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Aliff telah membuka satu poll dan bertanya kepada pengikut wanitanya apa yang diperlukan jika mereka sedang merajuk.
Hiburan

Stacy Tak Akan Bermasam Muka Dengan Bella Astillah - “Kami Sama-Sama Orang Kampung, Tak Berbaloi Bergaduh”

gempak
17/11/2024
02:55 MYT
Penyanyi Stacy memaklumkan dia tidak akan bermasam muka dengan Bella Astillah biarpun berdepan kontroversi konsert A Night With A Sumandak Stars.
Hiburan

Kualiti Nyanyian Sering Dikritik, Bella Astillah Tetap Positif – “Saya Terima Saja Dengan Hati Terbuka”

gempak
28/10/2024
02:54 MYT
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah tidak berkecil hati apabila persembahan nyanyiannya di sebuah acara baru-baru ini mendapat reaksi negatif sesetengah pihak.
Hiburan

"Nyanyilah Berkali-Kali, Saya Tiada Masalah" - Ernie Zakri Steady Bella Astillah Sering Nyanyi Lagu Masing-Masing

gempak
27/10/2024
08:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tidak mempunyai masalah apabila lagu nyanyiannya Masing-Masing dikatakan sering didendangkan penyanyi dan pelakon Bella Astillah.
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Respons Dakwaan Anak Bakal Berkahwin Dengan Ruhainies - "Subhanallah"

gempak
27/10/2024
00:55 MYT
Ibu kepada pelakon kacak kelahiran Singapura Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil terkejut dengan penularan berita mendakwa anak lelakinya itu bakal mengahwini pelakon genit Ruhainies.
Unitar