“Setiap Hari Ada Masa Dia Menangis Rindukan Afnan” - Azmi Mohon Beri Kata Semangat Buat Isteri
Mya Amri
27/10/2021 11:56 MYT
27/10/2021 11:56 MYT
Vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat berkongsi sedikit perkembangan terbaharu isteri, Nazira Muhammad sempena ulang tahun kelahiran bidadarinya.
Menurut Azmi, isterinya masih belum dapat melupakan detik pemergian anak pertama mereka, Khairul Afnan iaitu cahaya mata yang ditunggu selama 10 tahun.
Menerusi coretan yang sama juga, Azmi memohon agar pengikut Instagramnya dapat memberikan kata-kata positif dan semangat untuk Nazira.
“Hari ulang tahun kelahiran orang yang sangat bermakna dalam hidup saya. Dialah isteri, sahabat, kawan dan nyawa saya.
“Mohon kawan-kawan doakan dia agar sentiasa dirahmati, diberkati, dilimpahkan rezeki yang berkat, sentiasa dalam kebaikan di dunia dan akhirat.
“Kalau sudi, tolonglah hadiahkan kata-kata positif untuknya. Hari ini genap sebulan arwah Afnan lahir. Ternyata, dia masih belum betul-betul boleh melupakan saat-saat indah bersama cahaya mata kami.
“Walaupun keadaannya semakin baik, tapi setiap hari akan ada masa dia menangis kerana rindukan Afnan dan detik-detik indah itu.
“Mudah-mudahan kata-kata positif kalian dapat memberi seribu kekuatan buat dia. InsyaAllah. Selamat ulang tahun kelahiran Nazira Muhammad,” coretnya di hantaran terbaharu Instagram miliknya.
Sebelum ini, Azmi dan isterinya ada meluahkan perasaan gembira dengan kelahiran Afnan kerana sudah 10 tahun menanti untuk memiliki cahaya mata sendiri.
Nazira melahirkan cahaya mata pertama mereka menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan, pagi kelmarin. Khairul Afnan dilahirkan dengan berat 3.3 kilogram.
Azmi dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 2011.
Bagaimanapun bayi sulung Azmi yang baru berusia tiga hari meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari pada 30 September 2021.
Pengurus Azmi Saat, Syah Rahman memaklumkan doktor mengesyaki terdapat sedikit masalah pada bahagian otak, Khairul Afnan.
BACA: “Azmi Sedia Maklum Kondisi Anak Tidak Seperti Bayi Normal, Masih Terkejut Dengan Pemergian” – Pengurus
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!