Laman Utama

“Doktor Syak Bahagian Otak Afnan Ada Masalah…” Pengurus Azmi Saat

gempak
Mya Amri
30/09/2021
08:15 MYT
Sponsor Banner
“Doktor Syak Bahagian Otak Afnan Ada Masalah…” Pengurus Azmi Saat
Pengurus Azmi Saat, Syah Rahman memaklumkan doktor mengesyaki terdapat sedikit masalah pada bahagian otak, Khairul Afnan.
Menurut Syah, Azmi memberitahu Afnan memerlukan alat bantuan pernafasan malam tadi.
“Doktor mengesyaki bahagian otak Afnan ada masalah sebab dia tidak bergerak, jadi perlu buat ujian MRI bagi memeriksa otaknya dan punca sebenar.
“Tapi puncanya, Azmi akan memberikan kenyataan sendiri. Sekarang ini dia memohon berikan dia masa, dan apabila ada kelapangan nanti dia sendiri akan memberikan kenyataan.” jelasnya
Syah juga mengesahkan Khairul Afnan menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan isteri Azmi, Nazira Muhammad, 35, pada jam 1.19 petang tadi, di sebuah pusat perubatan, di sini.
“Selepas alat bantuan pernafasan dibuka, Azmi dan isteri diberi peluang untuk meriba anaknya sehingga Afnan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kemudian, pada 1.19 tadi Afnan meninggal dunia,” katanya.
Selepas 10 tahun menantikan cahaya mata, penyanyi, Azmi Saat, 34, yang dikurniakan Khairul Afnan pada 27 September lalu, diuji apabila bayi lelaki mereka meninggal dunia.
Terdahulu, Azmi turut memaklumkan mengenai pemergiannya anaknya menerusi Instagram.
“Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga ya,” tulisnya.
BACA: “Tunggu Kami Di Syurga Ya”- Baru Berusia 3 Hari, Bayi Sulung Azmi Saat Meninggal Dunia
Sebelum ini, Azmi dan isterinya ada meluahkan perasaan gembira dengan kelahiran Afnan kerana sudah 10 tahun menanti untuk memiliki cahaya mata sendiri.
Nazira melahirkan cahaya mata pertama mereka menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan, pagi kelmarin. Khairul Afnan dilahirkan dengan berat 3.3 kilogram.
Azmi dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 2011.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024