Hiburan

“Setiap Hari Saya Fikirkan Kamu” - Fattah Amin Luah Rasa Rindu Fatima

gempak
Ainun
07/11/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
“Setiap Hari Saya Fikirkan Kamu” - Fattah Amin Luah Rasa Rindu Fatima

Pelakon Fattah Amin berkongsi sepotong video anaknya, Nur Fatima Aisya sedang seronok bermain sambil mengenakan pakaian tradisional India di halaman rumah.

Dalam hantaran di Instagram itu, Fattah sempat meluahkan rasa rindu terhadap Fatima.
“Setiap hari saya fikirkan kamu. Siang dan malam masih fikirkan kamu kerana ianya sukar untuk saya menerimanya disebabkan awak tiada di samping saya.

“Saya rindukan kamu. Sayang kamu,” katanya menerusi kapsyen di Instagram Story.

Terdahulu, Fazura dan Fattah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.
Fattah dan Fazura telah merekodkan persetujuan berkaitan nafkah idah dan anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya yang dipersetujui bersama sebelum ini.

BERITA TRENDING: “Semoga Dah Masuk Industri Hiburan Ini, Kena Pandai Jaga Diri, Tak Tinggal Solat Dan…” - Ibu Titip Pesanan Buat Fattah Amin

BERITA TRENDING: Tular Video Luang Masa Bersama Fatima, Netizen Kagum Lihat Sifat Kebapaan Fattah Amin - “Kalau Nak Tahu Lelaki Yang…”

BERITA TRENDING: Fazura Akui Mahu Jadi Penyanyi Sejak Kecil - “Umur 11,12 Tahun Saya Dah Boleh Tulis Lirik…”

BERITA TRENDING: “Saya Baru Sahaja Bercerai Sebulan Lalu, Tetapi Saya Tidak Menyesal” - Fazura

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024