Hiburan

Fazura Akui Mahu Jadi Penyanyi Sejak Kecil - “Umur 11,12 Tahun Saya Dah Boleh Tulis Lirik…”

gempak
Umirah Halim
06/11/2024
02:25 MYT
Sponsor Banner
Fazura Akui Mahu Jadi Penyanyi Sejak Kecil - “Umur 11,12 Tahun Saya Dah Boleh Tulis Lirik…”
Pelakon dan penyanyi, Fazura akui dia telah menyimpan impian untuk menjadi seorang penyanyi sejak kecil lagi.

Tulis lirik

Menerusi temu bual rancangan Sea Today News, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin turut mendedahkan dia mampu menulis lirik lagu sejak umur belasan tahun.
“Sejujurnya impian saya dari kecil saya suka menyanyi.

“Ketika umur saya baru sahaja 11, 12 tahun, saya dah boleh tulis lirik,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketika disoal sama ada dia mahu memilih untuk menjadi penyanyi atau pelakon, aktres berusia 41 tahun itu memilih untuk menjadi pelakon.
“Berlakon, saya suka sangat berlakon. Saya mulakan karier saya dalam industri juga dengan berlakon.
“Kemudian baru saya menyanyi,” ujarnya lagi.
@fazura.officialstore suka dengar Faz cakap indo lancar sangat ?? #fazura #tudungfazura ♬ original sound - Fazura.Official

BERITA BERKAITAN:Fazura Fail Tuntutan Hadanah Anak Terhadap Fattah

BERITA BERKAITAN: Infak Duit Komisen RM90,000, Fattah Amin Dapat Hadiah Kereta Mewah Pula Dari Kedai Emas? - “Bertambah Rezekinya Selepas…”

BERITA BERKAITAN: “Saya Baru Sahaja Bercerai Sebulan Lalu, Tetapi Saya Tidak Menyesal” - Fazura
Terdahulu, Fazura tampil membuat penampilan sulung buat pertama kali dalam sebuah program bual bicara Indonesia selepas bercerai dengan aktor Fattah Amin 7 Oktober lalu.
BERITA BERKAITAN: “Saya Ada Jumpa Dengan Fatima Cuma Keadaan Dia Tak Sama” - Fattah Amin
Fazura muncul dalam program berkenaan bagi mempromosikan single terbaharunya berjudul Bertahan Demi Cinta yang merupakan duet bersama Fattah sebelum mereka berpisah.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.
Pada 13 September, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024