Negeri-negeri Pantai Timur sudah mula dilanda banjir dan angka mangsa yang terlibat musibah itu semakin meningkat.

BERITA TRENDING: Baru Sejam Keluar Kedai, Kereta Baharu Rosak Masuk Banjir

Terbaharu, dilaporkan lebih 10,000 penduduk di Kelantan terkesan dan terpaksa berlindung di 67 pusat pemindahan sementara.

Sungguhpun berdepan dengan keadaan banjir teruk, namun, sebuah rumah di Pasir Puteh sekali lagi viral dan menjadi bualan netizen apabila menjadi satu-satunya kediaman di lokasi itu yang tidak ditenggelami air.

Menerusi komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna platform X, pemilik kediaman itu membenteng kawasan rumahnya dengan lapisan guni pasir.



Dalam perkembangan lain, taburan hujan di Kelantan masih lagi tinggi.