Umum sedia tahu baru-baru ini sebahagian kawasan di Malaysia ditenggelami banjir akibat hujan lebat.

Oleh itu, ramai terjejas apabila kenderaan mereka dimasuki air akibat daripada bencana tersebut.

Begitulah nasib yang diterima oleh seorang individu apabila kereta yang baru sahaja dibeli selama sejam rosak dimasuki air.

Nasib malang individu itu dikongsi di Platform X oleh seorang pengguna yang meluahkan rasa simpati terhadap kesusahan yang dialami mangsa.

BERITA TRENDING: IOI Puchong Dilanda Banjir, Netizen Komen - "Kata Negeri Maju…”

“Kasihan betul, sejam je gembira,” tulisnya.


Perkara itu mendapat perhatian warganet di mana majoriti menasihatkan agar orang ramai membeli insurans sebagai salah satu cara bersedia menghadapi risiko bencana alam.

“Sebab tu kena ambil insurans, cover semua,”

“Sebab tu penting ambil insurans cover semua. Walaupun tak duduk kawasan banjir, ambil je,”

“Harap-harap dia ambil insurans banjir.”

Sekadar info, antara lokasi yang terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat ialah Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) berhampiran Bukit Raja, Klang, Seksyen 7, Shah Alam, Lebuhraya Persekutuan, Jalan Puchong, Padang Jawa, Jalan Bukit Kuda, Klang.

Sumber: Platform X