Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Shah Firdaus Gesa Netizen Henti Serang Atlet Jepun Shinji Nakano

Gempak
12/08/2024 17:16 MYT
Pelumba basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, menggesa rakyat Malaysia untuk berhenti menyerang Shinji Nakano, menegaskan wakil Jepun itu tidak sengaja melakukan pelanggaran dalam aksi final keirin Sukan Olimpik Paris semalam.

"Saya berada dalam kedudukan untuk memenangi pingat apabila saya sudah separuh melepasi basikal Nakano, tetapi tiba-tiba tayar belakang saya terkena. Kemudian, pelumba Australia (Matthew Glaetzer) yang berada di tempat keenam... yang telah berputus asa mengejar pelumba lain... menamatkan saingan di tempat ketiga.

"Sejak pagi tadi (11 Ogos), saya telah menetapkan fikiran saya bahawa saya boleh memenangi pingat. Jika saya tidak mencabar pingat sama sekali, saya boleh menerimanya, tetapi ini sukar untuk ditelan," katanya.

Shah Firdaus menuju selekoh terakhir dengan peluang meraih pingat gangsa, namun sayangnya terlibat dengan kemalangan dengan pelumba jepun, Shinji Nakano, sehingga terjatuh.

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: "I'm sorry Malaysia" - Shah Firdaus Sukar Terima Impian Pingat Berkecai Dalam Beberapa Saat

BERITA TRENDING: Rempuh Shah Firdaus, Ruang Media Pelumba Basikal Jepun Tak Henti Diserang Netizen!

BERITA TRENDING: Sebak Lihat Abang Kemalangan, Adik Shah Firdaus Gesa Netizen Berhenti Serang Sosial Media Pelumba Jepun - “Kita Tak Boleh Menyalahkan Atau…”

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: "Saya Dah Janji Bawa Ibu Bapa Pergi Umrah" - Shah Firdaus


Menerusi laman sosial Tik Tok, Shinji memohon maaf atas perkara yang berlaku dan meminta untuk tidak melibatkan nama serta ahli keluarganya.

"Saya memohon maaf kepada Malaysia atas kesilapan saya.

"Saya juga meminta untuk tidak menghina nama keluarga saya.

"Saya seharusnya bertanggungjawab dan meminta supaya tidak melibatkan ahli keluarga saya," katanya.

Pingat emas milik pelumba pilihan dari Belanda, Harrie Lavreysen, diikuti dua pelumba Australia, Matthew Richardson dan Matthew Glaetzer.
#Jepun #Pelumba #Basikal #Shah Firdaus #Shinji Nakano
;